MANTERA BARZAKH
Hey! Manusia di ranjang dunia
Bangkitlah dari lena yang panjang
Sebelum hadir yang lima sebelum pergi yang lima
Raqib dan Atiq sentiasa jaga
Andai amalan baikmu diterima
Kau pasti nyenyak di dalam kamarnya.
Hey! Manusia di pembaringan
Mata mencerlung mulut melopong
Di pintu itu kau hadir di pintu itu kau pulang
Adakah satir telah mungkir atau janji sudah hilang
Dengarlah Yassin demi Yassin
Lafaz kalimah Tuhan ke telinga mu
Kau tercungap tidak terucap
Syakaratul Maut makin dekat
Kau bertaut di hujung Maut
Berpisah suara dari lidah
Raung panjang nyawamu
Dalam diam sengsara berjela
Disentak ROH dari jasad
Bagai ditetak 300 belah pedang Maha Tajam
Tinggal badan mu bersendirian
Hey! Manusia di dalam Keranda
Kau terusung menggeletar
Membusung dada mu bergetar
ROH Tiada NYAWA tiada
Hanya tinggal jasad berikat lima,
Ke liang lahad tak lepas berbahas
Segala kemungkinan sengsara gelap
Alam PUSARA penantian panjang yang seksa
Sesungguhnya KUBUR
Terminal Akhir Dunia Terminal Awal Akhirat
Walau di perut buaya meskipun di perut harimau
Barzakh tetap tiba
MARRABUKA !!!
Beribu soal berjuta Tanya
Kiri kanan tiada hentinya
Adakah Ular dan Ulat memamah jasad
Atau NUkar dan Nakir menyebat jasad
Apakah seimbang selepas di Mizan
Bertemukah Sirat titiannya selamat
Dapatkah dirimu menerima Syafaat
Akan terjawabkah hujung dan pangkal soal
Yaumalmahsyar penghujung
Mahkamah Maha Agung
Terimalah nyata dan rela
Bila seluruh anggota jasad mu
Bijak berbicara di hadapan Maha Pencipta
Syurga dan Neraka sehasta dari Amalan mu
Kelana Akira.
Taman Puteri, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya. Kuching.