Wednesday, December 3, 2008

POTENSI MINDA 1

APAKAH GETARAN YANG DIHASILKAN OLEH DIRI ANDA?
Dengan menggunakan electroencephalogram (EEG) aktiviti gelombang atau getaran tenaga ektrik dapat direkodkan.Setiap apa yang anda fikirkan akan menghasilkan pelbagai bentuk tenaga . Tenaga ini adalah menurut frekuensi seperti gelombang alpha, beta , teta ,delta dan gamma.Ketahuilah kebaikan gelombang minda alpha .In a nutshell, there are five major brain wave ranges: Beta (14-40Hz) is present in normal waking consciousness and stress; the Alpha brain wave (7.5-14Hz) in deep relaxation; Theta (4-7.5Hz) in meditation and light sleep; and the slowest, Delta (0.5-4Hz) in deep dreamless sleep and transcendental meditation. The less recognised Gamma is fastest (above 40Hz) and associated with sudden insight. The optimal level for visualization is the Alpha-Theta Border at 7-8Hz. It is the gateway to your subconscious mind.Tenaga getaran ini memberikan kesan pada seseorang dari aspek psikologi,kesihatan diri, personaliti, kerjaya, pencapaian peribadi dan pengaruh pada orang sekeliling.Sepertimana ungkapan yang biasa kita dengar iaitu anda adalah apa yangb anda fikirkan.Apa yang ingin saya utarakan dalam artilkel ini ialah tentang kepentingan untuk memanfaatkan gelombang minda alpha bagi mencapaikualiti kehidupan.Apa itu gelombang otak alpha?. Gelombang ini adalah dalam keadaan kita bertenang atau relaks dan bebas dari tekanan iaitu frekuensi kitarannya dalam 8 hingga 12 hz.Selalu juga pernah dikatakan betapa seronoknya kanak-kanak.Mereka tiada tekanan masalah. Zaman kanak-kanak dikatakan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi tetapi semakin menurun apabila meningkat dewasa.Sebenarnya zaman kanak-kanak tahap aktiviti elektrik otak kebanyakkannya dalam gelombang alpha. Mereka suka bertanya untuk mencari dan mengetahui sesuatu yang mnereka begitu curious untuk mengetahunya.Bagi kita orang Islam , tahap alpha mudah untuk dicapai jika kita berusaha untuk khusyuk dalam sembahyang. Sembahyang yang khusyuk adalah cara bagaimana kita mencapai tahap Self awarness atau kedaran diri pada tahap tertinngi. Dengan membca Al-Quraan dan berzikir juga dapat meningkatkan tahap alpha. Dengan ketenangan yang kita capai pelbagai manfaat yang dapat kita nikmati.Kebaikan Gelombang alpha1) Dapat merelakskan minda dan tubuh badanDalam sehari wajib kita melaksanakan sembahyang 5 waktu. Badan dan minda kita mengalami keletihan dan ketegangan badan dan minda. Apabila kita mula mengambil air smbanyang dan mendirikan sembahyang, kita akan dapat merasakan kesan semerta, di mana kita merasalkan kesegaran dan terasa tenaga minda dan badan pulih.Kesegaran ini akan lebih kita rasakan apabila kita solat berjemaah.2) Penyembuhan kendiri iaitu peninkatan dalam pemangkinan sistem immunisasiDalam tahap alpha , aktiviti penyembuhan kendiri berfungsi dengan lebih baik lagi . Ketenangan minda dapat menstabilkan dan mengharmonikan sistem biolgi badan. Sebenarnya dalam tahap alpha ,peraaaan kit adalah mnyeronokkan dan merasakan kedamaian.Pernafasan yang teratur dapat membekalkan sel-sel lebih banyak oksigen yang akan membantu pemulihan sel-sel yang lemah seterusnya dapat membantu pesakit melakukan proses self healing dengan jayanya.3) Meningkatkan tahap serotoninDalam tahap alpha enzim serotinin lenih banyak dapat dirembeskan. Serotonin membuatkan seseorang rasa seronok dan damai. Kekurangan serotonin menyebabkan banyak berlaku kemurungan.4) Menimgkatkan tahap kreativitiDalam keadaan tenang, minda kita dapat berfikir dengan jelas dan terang.Kekuatan minda lebih hebat apabila seseorang berada di dalam keadaan tenang.5)MEningkatkan kesedaran diri dan fikiran yang positifDalam keadaan tenang, tahap kesedaran dan fokus seseorang akan lebih baik. Kualiti fokus wujud kerana orang tersebut mempunyai daya kesedaran yang tinggi.Ini akan berlaku terutamanya orang yang dapat mengkhusyukkan solatnya6) Dapat menghasilkan idea-idea yang bernasSebenarnya banyak lagi manfaat dari gelombang alpha> Hanya sekadar ini sahaja yang dapat dikongsikan bersama. Jumpa lagi di lain artikel iaitu cara memperolehi gelombang minda alpha.

MUTIARA KATA PILIHAN

Setiap DETIK bumi terus bergerak dan KEMUSNAHAN makin merapat
Setiap SAAT jarum jam bergerak maka KEMATIANPUN makin mendekat
oleh itu jadikan waktu itu bukan sekadar BERHARGA tetapi BERNILAI.

Tiada yang MUSTAHIL di dunia ini melainkan MATI
dan tiada yang tidak boleh di buat melainkan NYAWA!

Gagalkan kegagalan sebelum kegagalan itu menggagalkan anda! Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa berfikiran POSITIF. Kegagalan merupakan langkah menuju SUKSES.

SUKSES seringkali hadir kepada mereka yang BERANI dan jarang menghampiri kepada orang yang TAKUT mengambil RISIKO.

Sedarilah bahawa kita sedang melakukan PERJALANAN yang tidak pernah kembali.
Gunakanlah WAKTU dengan BAIK kerana WAKTU adalaha MODAL KEHIDUPAN untuk meraih SUKSES.

Bagaimana BURUKNYA keadaan kita
selamanya masih memiliki percikan api TAKAD.
Maka tidak ada kata TERLAMBAT untuk memulai HIDUP BARU
dan mencipta SUKSES yang baru.

Jika fokus kepada KEJAYAAN, HALANGAN akan nampak kecil.
Jika fokus kepada HALANGAN, KEJAYAAN akan nampak kecil.

Perubahan KECIL hanya melalui TINDAKAN,
Perubahan BESAR perlukan PENGORBANAN.

Untuk MALAS kita perlu RAJIN, Untuk RAJIN kita perlukan PENGORBANAN.

Orang yang RAJIN tidak semestinya BERJAYA, tetapi ORANG BERJAYA semestinya RAJIN.

Tanpa PERUBAHAN tiadalah KEJAYAAN

Kita tidak mampu UBAH KELAHIRAN kita tetapi kita mampu UBAH PENGHIDUPAN kita!

TUHAN tak akan UBAH NASIB seseorang melainkan diri sendiri mengubahnya.

Orang yang BERJAYA dalam HIDUP adalah orang yang NAMPAK tujuannya dengan JELAS dan menjurus kepadanya tanpa MENYIMPANG



Our lives are not determined by what happens to us but how we react to what happens, not by what life brings o us, but by the attitude we bring to life. A positive attitude causes a chain reaction of positive thought, events, and outcomes. It is a catalyst, a spark that creates extraordinary results’
GIANNE AGNELLI - King of Italian Industry

‘Avoid the phrase, “I don’t have time”. It will soon help you to realize that you do have the time needed for just about anything you choose to accomplish in life’
Henri Nestle


‘Motivation is everything. You can do the work of two people, but you cannot be two people. Instead, you have to inspire the next guy down the line and get him to inspire his people’
John D Rockefeller - History’s first billionaire

‘ When you don’t have goal, you are not heading anywhere’
Mary Kay Ash - CEO Mary Kay Cosmetic


‘When you make a mistake, don’t look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lesson of wisdo. The past cannot be changed. The future is yet in your power’
Michael Dell - CEO Dell Computer

‘Fall seven times, stand up eight. The bamboo that bends is stronger than the oak that resists’
Richard M Schulze - CEO Best Buy


‘He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’
Roy Allen - A&W


‘Good, better, best, never let it rest till your good is better and your better is best. Success will not lower its standard to us. We must raise our standard to success’
Soichiro Honda - CEO Honda


Learn to value anything and everything that come across because the least expected thing could be your future maker’
Wiiliam Wrigley Jr - Wrigley Chewing Gum


Albert Einstein once said that the secret to creativity is knowing how to hide your sources. Talking of creativity, the problem is never how to get new, innovative thoughts into your mind, but how to get old ones out. Every mind is a building filled with archaic furniture. Clean out a corner of your mind and creativity will instantly fill it’
Larry Ellison - CEO Oracle Corporation

Wednesday, October 15, 2008

MANTERA BARZAKH



MANTERA BARZAKH
Hey! Manusia di ranjang dunia
Bangkitlah dari lena yang panjang
Sebelum hadir yang lima sebelum pergi yang lima
Raqib dan Atiq sentiasa jaga
Andai amalan baikmu diterima
Kau pasti nyenyak di dalam kamarnya.
Hey! Manusia di pembaringan
Mata mencerlung mulut melopong
Di pintu itu kau hadir di pintu itu kau pulang
Adakah satir telah mungkir atau janji sudah hilang


Dengarlah Yassin demi Yassin
Lafaz kalimah Tuhan ke telinga mu
Kau tercungap tidak terucap
Syakaratul Maut makin dekat
Kau bertaut di hujung Maut
Berpisah suara dari lidah
Raung panjang nyawamu
Dalam diam sengsara berjela
Disentak ROH dari jasad
Bagai ditetak 300 belah pedang Maha Tajam
Tinggal badan mu bersendirian


Hey! Manusia di dalam Keranda
Kau terusung menggeletar
Membusung dada mu bergetar
ROH Tiada NYAWA tiada
Hanya tinggal jasad berikat lima,
Ke liang lahad tak lepas berbahas
Segala kemungkinan sengsara gelap
Alam PUSARA penantian panjang yang seksa


Sesungguhnya KUBUR
Terminal Akhir Dunia Terminal Awal Akhirat
Walau di perut buaya meskipun di perut harimau
Barzakh tetap tiba



MARRABUKA !!!
Beribu soal berjuta Tanya
Kiri kanan tiada hentinya
Adakah Ular dan Ulat memamah jasad
Atau NUkar dan Nakir menyebat jasad
Apakah seimbang selepas di Mizan
Bertemukah Sirat titiannya selamat
Dapatkah dirimu menerima Syafaat
Akan terjawabkah hujung dan pangkal soal
Yaumalmahsyar penghujung
Mahkamah Maha Agung
Terimalah nyata dan rela
Bila seluruh anggota jasad mu
Bijak berbicara di hadapan Maha Pencipta
Syurga dan Neraka sehasta dari Amalan mu



Kelana Akira.
Taman Puteri, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya. Kuching.

Wednesday, September 17, 2008

Tuesday, September 9, 2008

Jonathan Livingston Seagull.


(Sebuah novel kreasi dari Richard Bach yang menjadi best seller pada tahun 1973 - dan diceritakan Mr.Sifu Gan Ah Seng kepada kami di Sibu, sarawak)

Pada pagi itu sinar matahari bersinar amat cerahnya,..buih ombak pun terihat sangat anggun bergerak menuju pantai...tidak jauh dari pantai itu terlihat kapal penangkap ikan yang baru saja pulang dari tengah laut hendak merapat ke pelabuhan...dan pemandangan ini pasti selalu diiringi dengan sekumpulan burung camar yang hendak mencari makan di sekitar pelabuhan ...jumlah burung camar itu banyak sekali

Tidak jauh dari kumpulan itu ...terlihat ada seekor burung camar yang sendirian sedang melatih terbang rendah di atas permukaan air...nama camar itu adalah Jonathan Livingston....Jonathan belajar tidak kenal lelah...bereksperimen.....ooh mungkin paruh saya harus mendongak..oh mungkin ekor saya harus ke atas...dan segala macam gaya dicubanya untuk sekadar agar dapat terbang rendah dan perlahan di atas permukaan air
Tidak banyak burung camar yang belajar terbang seperti Jonathan...mereka kebanyakan hanya terbang secukupnya saja ...yaa sekadar untuk cari makan...jadi terbang adalah alat untuk mencari makan...tapi hal ini tidak berlaku buat Jonathan...bagi Jonathan..bukan makan yang menjadi tujuannya tetapi terbangnya itu sendiri yang utama

Ibunya bilang..._/Kenapa ni Jonatahan Kenapa kamu tidak seperti burung-burung yang lain ...kenapa kamu belajar terbang rendah?...kamu kan bukan Pelikan..biar burung pelikan saja yang terbang rendah/_

Jonathan menjawab..._/Tidak ada apa2 Bu...saya hanya mahu tahu saja...sampai sejauh mana kah kemampuan saya terbang...apa yang boleh saya lakukan...dan apa yang tidak mampu saya lakukan../_

Ayah Jonathan memperingatkan...Ingat Jonathan..alasan kamu terbang adalah supaya kamu boleh makan ...kalau kamu nak belajar....yaa belajarlah bagaimana caranya cari makan...

Keesokan harinya Jonathan mulai melaksanakan perintah orang tuanya...iaitu menjadi sama dengan camar yang lain...mencari makan di pelabuhan...merebut ikan kecil atau kepala ikan yang dibuang nelayan...dan merebut roti kering milik nelayan...

Ternyata Jonathan sama sekali tidak menyukai hal ini...dan di hari-hari berikutnya....Jonathan terliha t lagi sendiri...belajar untuk terbang....seni terbang...kali ini yang dipelajarinya adalah bagaimana caranya terbang secepat mungkin...

Waktu ke waktu berlalu...Jonathan terus berlatih dan tyerus berlatih untuk terbang cepat...kali ini kecepatannya 20km perjam...lalu bereksperimen lagi...menuoba bagaimana kalau sayapnya terlipat...bagaimana caranya kalau harus berhenti tiba-tiba...mencuba lagi...gagal lagi...gagal lagi...

Jonathan menukik dari ketinggian awan menuju ke dalam laut dengan kepantasan sangat tinggi..lagi-lagi dia gagal menemukan cara yang efektif untuk menambah kecepatannya....sampai suatu saat ketika dia sedang menyelam di air ..._/ia mendengar suara kecil yang aneh...suara itu berkata...Sudahlah Jonathan...engkau tu burung camar...pastinya kemampuan kamu terbatas...kalau kamu terlahir untuk belajar...maka tentunya Tuhan akan memberi kamu otak yang besar....kalau kamu memang diciptakan untuk boleh terbang cepat tentunya kamu akan diberikan sayap kecil seperti burung falcon...dan makannya adalah tikus, bukan ikan....
/_Jonathan berfikir...Pakcik saya fikir betul jugak..saya mesti segera menghentikan eksperimen saya ni...saya mesti pulang ke rumah dan mulai bertingkah laku seperti layaknya burung camar ..terbang bersama-sama, berebutan ikan kecil..dan menjadi camar yang serba terbatas

Beberapa hari kemudian Jonathan merasa senang..._/dia merasa keputusan yang diambilnya sudah tepat....dia tidak perlu lagi harus berpenat lelah melatih otot terbangnya...tidak perlu lagi bangun pagi...tidak perlu lagi membuat sebarang alasan...tidak perlu lagi menatang diri...dan tidak akan ada lagi kegagalan dalam hidupnya.../_

Ketika merenung tersebut Jonathan melihat burung Falcon dengan sayap kecil yang terbang melintas...entah kenapa perhatian Jonathan tertuju kepada burung yang cepat sekali terbangnya itu...Jonathan menemukan idea ..Oooh ya memang betul....saya harus melipat sebahagian sayap saya ketika menukik...sehingga benturan dengan angin menjadi kecil...dan saya pasti dapat menukik dan terbang dengan cepat...tanpa harus kehilangan kawalan.

Tidak lama kemudian Jonathan kembali menyendiri berlatih terbang di tengah laut...jauh dari pelabuhan ...Jonathan sangat bahagia...kerana saat ini dia sudah menemukan metode baru untuk terbang cepat...demikian hari-hari Jonathan diisi dengan mempelajari cara terbang terus menerus...sampai akhirnya Jonathan menemukan cara terbang paling cepat dengan kecepatan yaitu 45 km per jam...Jonathan bahagia sekali

/_Sekarang Jonathan telah menemukan alasan kenapa dia hidup..alasan yang lebih baik dari pada hanya sekedar berebut ikan kecil yang dibuang nelayan...Jonathan berkata dalam hati..Ooo ternyata kita adalah mahluk Tuhan yang sempurna..dan pandai...dan kita makhluk yang bebas merdeka...kita boleh belajar terbang..._/

Bulan demi bulan berlalu...kemampuan terbang Jonathan sekarang sudah mengagumkan, yaitu 60 km perjam..sementara rata burung camar hanya 15 km per jam....maksimum 20 km per jam..

Pada suatu hari Jonathan dipanggil oleh dewan pimpinan burung camar di wilayahnya...Jonathan sangat senang..Dia beranggapan dirinya akan diberikan penghargaan kerana sudah menjadi camar dengan rekor terbang tercepat di sana

Ternyata dugaan Jonathan meleset jauh sekali... Jonathan dipanggil Dewan pimpinan ternyata untuk menerima keputusan bahawa mulai saat itu Jonathan diasingkan kerana tingkah lakunya tidak seperti kebanyakan burung camar....hal ini dianggap memalukan sebab dianggap tidak menerima kudrat sebagai burung camar

Tali persaudaraan kita sebagai burung camar...mulai hari ini putus...demikian ucapan pimpinan burung camar.._/Ingat Jonathan, suatu hari nanti kamu akan mengerti bahwa yang kamu lakukan adalah tidak benar dan tidak bertanggung jawab ...Hidup itu adalah misteri ...tidak akan terpecahkan dan tidak perlu dipecahkan...terimalah takdir bahwa tujuan kita hidup adalah untuk makan itu saja...dan kita harus hidup selama mungkin/_

Jonathan membela diri...tidak bertanggung jawab?...Yang Mulia Ketua...saya sekarang sudah menemukan erti hidup yang lebih tinggi...selama bertahun-tahun kita hanya berebut-rebut dengan ikan kecil atau kepala ikan yang dibuang oleh para nelayan, sekarang saya sudah menemukan erti sebuah kehidupan yang sebenarnya....iaitu untuk belajar...untuk menemukan suatu hal yang baru...kebebasan untuk menjadi apapun...mohon beri saya kesempatan untuk mendemonstrasikan apa yang sudah saya temukan

Tetapi para penonton dan semua yang menghadiri sidang itu hanya tertunduk diam, tidak memberi sebarang komen atau saranan ...mungkin kerana takut kepada Ketua Burung Camar...sehingga keputusan pimpinan menjadi sah...dan Jonathan pun diasingkan, tidak ada yang berani mendekati nya lagi

Demikianlah Jonathan akhirnya dibuang, diasingkan dan hidup menyendiri di bukit di kejauhan,...Jonathan lagi-lagi belajar terbang untuk lebih cepat lagi...bagaimana supaya boleh tidur sambil terbang,...bagaimana cara terbang pada saat hujan ...bagaimana cara terbang ketika ada badai...bagaimana cara terbang kalau malam hari..bagaimana terbang lebih cepat lagi tanpa kehilangan kawalan. Dan hasilnya dengan kemampuan terbangnya, Jonathan pun saat ini boleh dapat makan ikan segar yang kecil mau pun yang besar...dari persekitaran pantai maupun dari laut dalam, sampai bila-bila pun dia suka...tanpa berebut

/_Sering Jonathan merenung dan ingin marah, tetapi setelah difikirkan lagi dia mengambil simpulan dan pelajaran dari apa yang dialaminya sekarang....ternyata rasa bosan, rasa takut, dan kemarahan lah yang membuat burung camar menjadi berumur lebih pendek...dan apabila semua hal ini hilang dari kepala dan dari hati nya, maka pasti hidupnya menjadi lebih panjang_/

Pada suatu petang ketika Jonathan sedang terbang cepat sendiri...tiba-tiba datang lah 2 ekor burung camar yang bisa menyusul Jonathan, sayapnya berkilauan, paruhnya pun sangat bersih...kemudian Jonathan menukik mereka pun menukik...Ke kiri...mereka pun ke kiri...persis seperti kapal terbang yang sedang beraksi akrobatik...Jonathan pun bingung...ternyata ada juga ya..burung camar yang terbangnya secepat dan sebaik dia

Jonathan pun berkenalan dengan mereka....Jonathan menceritakan kisah hidupnya kepada kedua kenalannya...kenapa saat ini dia terbang sendiri dan tidak bersama dengan kelompoknya seperti burung camar yang lain...Kemudian, kedua burung itu menceritakan tentang mereka; tentang dari mana mereka berasal. Mereka berasal dari tempat yang namanya tanah Syurga...dan menurut mereka kerana kemampuan terbang Jonathan sudah baik, maka dia boleh diajak ke tanah syurga...untuk bertemu dengan kelompok mereka...kelompok burung yang senang untuk belajar terbang

_/Kelompok ini adalah kelompok burung camar yang berfikir sama dengan Jonathan, iaitu bahawa hal yang paling penting dilakukan dalam hidup adalah untuk mencapai dan menuju seuatu kesempurnaan dari hal yang paling dicintainya./_.....tanpa berfikir panjang Jonathan pun setuju,..Oke...kata Jonathan ...dan akhirnya mereka bertiga terbang bersama ke tanah syurga

Waktu demi waktu berlalu dengan cepat...Jonathan sudah hampir melupakan pantai tempat kelahirannya...di tanah syurga ini Jonathan mempunyai jurulatih terbang yang sangat hebat...namanya Chiang...

/_Chiang berkata lembut tapi bermakna... untuk membolehkan kamu terbang cepat, secepat kilat...kita harus mulai dari BERFIKIR bahwa kita sudah sampai di tujuan...triknya adalah janganlah berfikir tentang keterbatasan...sayap yang besar,...badan yang besar...kaki yang bengkok...dan sebagainya..jadi caranya adalah sEdarilah bahawa kamu adalah makhluk yang paling sempurna...sangat sempurna....tidak ada batas yang membatasi..._/

/_Chiang berkata lagi ...Lupakanlah takdir. takdir ditangan Tuhan tetapi nasib ditangan kita.Kamu tidak perlu takdir untuk membolehkan kamu terbang cepat...yang kamu perlukan adalah pengertian tentang terbang cepat .Kita bebas untuk menentukan apa pun yang kita inginkan...dan bebas untuk menjadi siapa pun yang kita mahu ...selamat tinggal kawan_/

Setelah berkata demikian...Chiang terbang dan menghilang dengan cepat sekali...itulah kalimat yang paling diingat oleh Jonathan..setelah berguru kepada Chiang...kini kemampuan terbang Jonathan sudah di atas 100 km perjam....dan Jonathan sudah memutuskan untuk kembali ke bumi...untuk memberikan latihan untuk menyempurnakan kemampuan terbang kepada anak-anak muda di sana...itulah tujuan hidupnya

Setelah kembali di tanah kelahirannya...Jonathan membuka sekolah terbang...tak lama kemudian datanglah Maynard..seekor camar yang patah sayapnya...
Hai Jonathan...apakah saya dibenarkan masuk ke sekolah kamu. Jonathan menjawab... Kamu bebas untuk menjadi diri kamu sendiri...diri kamu yang sebenarnya di sini...sekarang...dan tidak ada yang dapat membatasi atau menahan kemahuan kamu ini adalah prinsip hidup kita...Jadi menurut kamu saya boleh terbang??...Saya kata kamu adalah camar yang bebas menentukan siapa kamu...

Demikianlah...Jonathan sekarang mengajarkan seluruh kemampuan terbangnya kepada seluruh muridnya....Diantara seluruh muridnya ada seekor burung camar yang bernama Fletcher yang kemahuannya untuk belajar sangat tinggi...Jonathan seperti melihat dirinya sendiri ketika masih muda....pada akhir cerita ini Fletcher diangkat oleh Jonathan untuk menggantikan posisi Jonathan sebagai jurulatih

Tidak lama kemudian Jonathan memanggil Fletcher....Fletcher...Kamu sudah tidak perlu saya lagi....yang kamu perlukan sekarang adalah latihan untk menemukan diri kamu sendiri...iaitu Fletcher yang bebas....fletcher yang tidak membatasi diri...tanpa batas. Didiklah murid-murid di sini dengan seluruh kemampuan mu, ...jadikan itu visi kamu,..selamat tinggal Fletcher

Setelah berkata demikian Jonathan terbang ....cepat sekali....tinggi sekali...berkilauan...Fletcher hanya melihat dari bawah, bergumam...selamat jalan Jonathan


Kisah ini didedikasikan untuk Burung Camar yang bernama Jonathan yang hidup di dalam diri kita masing-masing

HIKAYAT BATU DAN POHON ARA


Alkisah pada suatu waktu di sebuah negeri di timur tengah terdapat seorang saudagar yang sangat kaya raya tengah mengadakan perjalanan bersama kafilahnya. Di antara debu dan bebatuan, derik kereta diselang-selii dengus kuda terdengar bergantian. Sesekali terdengar lecutan cambuk berdecis di udara.

Di tengah rombongan itu ada seorang lelaki berjanggut, berkain panjang dan bersarban ditemani seorang buidak lelaki berusia belasan tahun dengan berpakaian indah menawan. Dialah Saudagar bersama anak anak buahnya. Mereka duduk pada sebuah kereta yang mewah berhiaskan kayu gofir dan permata yaspis. Semerbak harum bau mur tersebar dimana-mana. Sungguh kereta yang mahal.dengan deretan barang, orang dan haiwan semuanya berjalan dengan perlahan,

Dalam kawalan ketat para pengawal rombongan itu bergerak terus hingga pada suatu ketika mereka berada di sebuah tanah lapang berpasir. Batu-batu kelihatan diletakkan teratur di beberapa tempat. Situasi ini menarik buat budak lelaki itu sehingga ia merasa perlu untuk bertanya pada ayahnya.

“Ayah, mengapa terlihat oleh ku batu-batu dengan teratur bertebaran di sekitar daerah ini. Apakah maksud semua itu ?”.
“Pengamatan mu cukup baik, anak ku”, jawab Ayahnya,
“ bagi orang biasa-biasa itu hanyalah batu, tetapi bagi mereka yang memiliki hikmat, semua itu akan kelihatanya berbeza sama sekali”. Kata ayahnya lagi.
“Apakah yang dilihat oleh kaum cerdik cendikiawan itu, ayah ?”, tanya anaknya kembali.
”Mereka akan melihat semua itu sebagai mutiara hikmat yang tersebar, memang hikmat berseru-seru dipinggir jalan, mengundang orang untuk singgah, tetapi sedikit dari kita yang menolakpelawaan itu.”.
”Apakah ayah akan menjelaskan perkara itu pada ku?” soal budak itu lagi
”Tentu buah hatiku”, sahut Saudagar tersebut sambil mengelus kepala anaknya.
“Dahulu, ketika aku masih remaja, hal ini pun menjadi pertanyaan di hati ku. Dan atuk mu, menerangkan perkara yang sama, seperti saat ini aku menjelaskan kepadamu.”

Pandanglah batu-batu itu dengan saksama. Di balik batu itu ada sebuah kehidupan. Masing-masing batu yang kelihatan oleh mu sebenarnya sedang menindih sebuah biji pohon ara.”
“Tidakkah benih pohon ara itu akan mati karena tertindih batu sebesar itu ayah ?”
“Tidak anak ku. Sepintas lalu memang batu itu kelihatannya sebagai beban yang akan mematikan benih pohon ara. Tetapi justru batu yang besar itulah yang membuat pohon ara itu sanggup bertahan hidup dan berkembang sebesar yang kau lihat di tepi jalan semalam”.
“Bilakah hal itu terjadi ayah ?”
“Batu yang besar itu sengaja diletakkan oleh penanamnya menindih benih pohon ara. Mereka melakukan itu sehingga benih itu tersembunyi terhadap hembusan angin dan dari mata segala haiwan. Sampai beberapa waktu kemudian benih itu akan berakar, semakin banyak dan semakin kuat. Walau tidak kelihatankehidupan di atas permukaannya, tetapi di bawah, akarnya terus menjalar. Setelah dirasa cukup barulah tunas nya akan muncul perlahan-lahan. Pohon ara itu akan tumbuh semakin besar dan kuat hingga akhirnya akan sanggup menggulingkan batu yang menindihnya. Demikianlah pohon ara itu hidup. Dan hampir di setiap pohon ara akan kau temui, sebuah batu, seolah menjadi peringatan bahawa batu yang pernah menindih benih pohon ara itu tidak akan membinasakannya. Sebaliknya benih itu menjadi pohon besar yang mampu menaungi segala mahluk yang berlindung dari terik matahari yang membakar.”

“Apakah itu semua tentang kehidupan ini ayah ?”, tanya anaknya.
Saudagar tersebut merenungi anaknya sambil tersenyum, kemudian meneruskan penjelasannya.
“Benar anak ku. Jika suatu ketika engkau di dalam masa-masa hidupmu, merasakan terhimpit suatu beban yang sangat berat ingatlah pelajaran tentang batu dan pohon ara itu. Segala kesulitan yang menindihmu, sebenarnya merupakan sebuah kesempatan bagi mu untuk berakar, semakin kuat, bertumbuh dan akhirnya tampil sebagai pemenang. Belum ada hingga ke saat ini benih pohon ara yang tertindih mati oleh batu-batu itu. Jadi jika benih pohon ara yang demikian kecil saja diberikan kekuatan oleh Allahuntuk dapat menyingkirkan batu di atasnya, bagaimana dengan diri kita. Zat Yang Maha Perkasa itu bahkan sudah meniupkan Roh keillahian-Nya pada diri-diri kita. Dan menjadikan kita, manusia ini jauh melebihi segala mahluk dimuka bumi. Perhatikanlah kata-kata ini anak ku. Pahatkan pada loh-loh batu hatimu, sehingga engkau menjadi bijak dan tidak dipermainkan oleh hidup. Kerana memang kita ditakdirkan menjadi tuan atas hidup kita.”

SEBULAN TRIPESTA (salam ku di aidilfitri)


Ramadhan sudah berakhir
apa khabar kualiti puasa
puasa makan atau pembaziran
dibelit peluang niaga setahun sekali
layakkah disebut perniagaan atau berjualan

i
Pesta makan Malaysia raya
juadah berbuka buat musafir
hampir setiap masjid sepelusok negara
apakah tidak bagaikan mencurah garam ke laut
sedangkan di Mekah menyusun ibadah

ii
Pesta membeli belah Malaysia raya
transit antara pesta makan dan hari raya
keliru antara keperluan dan kemahuan
sayembara kek lapis, cat rumah dan baju raya
usah mengeluh diujung lebaran akhirnya

iii
Pesta Kematian Malaysia raya
berduyun-duyun di jalanraya
branding OPS Sikap saban tahun
tak sabar meski pulang sekadar sebentar
menayang kereta dan motorsikal sarkis
gelandangan jerayawara syawal tiba

apa khabar warga agama ku
di kemboja, Afghanistan Iraq dan Palestine
berselerakah kalian dengan juadah puasa
bersahur dan berbuka dengan motar dan tembakan

Malaysia raya
layakkah kita meraikan
kemenangan aidilfitri ini

Kelana akira
Taman Puteri. Jln Sultan Tengah. Kuching
10 Syawal 1427H

MANTERA WIRALOKA

Hei! Istabili syurban baqa
turun darah gemuruh bangsa ku
hingga ke titik jati diri
ruapkan darah berani roman negara

biar meresap ke akar umbi marga
biar mendesar niat keramat
jngan kita jadi warga tyerlaknat
bangsa gelandangan di bumi sendiri

Hei! Nusantara indah
siapa siagalah dengan kedatangan
penjajah sosial bidaah
berpelurukan minda bermotarkan lidah
menakluk segenap pelusok dunia
memenggal pegangan dan akidah
sekian lama bergantungan ditangkai nyawa

Hei! Istabili syurban baqa
barangsiapa menjadi
parasit negara
virus budaya
dajjal bangsa
wajar disirna
di muka bentala

pulang pulang
pulanglah balik pulang mula
hak bangsa kembali kepada bangsa
hak pengkhianat kembali
kepada pengkhianat

Hu Allah

kelana akira
Taman Puteri.Kuching.
19 September 2006

BALADA PAK TAMBANG 2

Cerbis ingatan
kian subur di perairan duka
bagai pohon-pohon pedada
tumbang satu persatu
mengiring waktu di tebingan sungai
kampung seberang hilir ku

seorang tua resah di tepi kali
seraya menatap kuburan sunyi
merenung teratak sepi
kian usang tidak berganti

di sebalik surau makmur
jiran-jiran suram bertandang
cuma hadir tatkala kambing tumbang

di sini
masih lagi aku
berperahu seperti dahulu
penunggu setia Pangakalan Batu
adakah generasi ku
dihilir sungai waktu
revolusi IT abad dua puluh satu

andai masih menunggu ...

Kelana akira
10 Mei 2006
Kuching Waterfront

INTROSPEKSI

mengancam - memujuk - meyogok
perlu merayu menjadi sekutu
yang paling hebat mejilat
itulah kehendaknya.

habis terhakis berbillion ribu
ludas - das -das hancur jadi abu
memang perang memang girang
kalah moral malu di
sebab lawan senjata lama di kota debu
maka hancur lebur seperti bubur
tidak laku
anak-amak kematian ibu

ratusan jasad hilang nyawa
enak sungguh propaganda
dunia dusta dunia gila
bergelimpangan mayat tanpa dosa
ternyata bukan tentera
ketawa dunia kepada
badut-badut Amerika
dengan sekutunya.

kelana akira
petra jaya. kuching
27 mac 2003

PERAIH MIMPI

Fantasi merealisasikan mimpi
tercapai impian bukan
sesuatu anganan khayalan
saat meraikan sukses
dipersada dataran kejayaan

keran sukses bukan berdasar
garis keturunan
yang di bawa seawal lahir
bukan pula kualiti genetik
yang dimiliki seglintir insan

insan sukses insan biasa
yang berusaha mendapat hasil luarbiasa
menggaji diri sendiri bukan orang lain
penentu gaji semahu yang dimahu

kerana insan luarbiasa
adalah pemimpi bertindak
berdasar fantasi
merealisasikan impiannya
yang tidak bertepi

berbekal hasrat, kepercayaan, sabar
dan ketekunan tanpa batasan
siap siaga mental gagal dan penolakan
berbekal ilmu benteng perisai
setiap jaringannya
kunci keberhasilan usahawan
peraih mimpi para jutawan

10 Mac 2004
Taman Puteri, Jln. Sultan Tengah,
Petra Jaya. Kuching.

CAMAR DI BALIK KACA (Buat Sifu Gan Ah Seng)




Saat aku melangkah keluar pintu hayat baru
terlempar pandang ku ke awan berarak
mendung di langit pagi
namun di baliknya ada suria ceria
dan di dada langit
sekawan burung layang-layang
terebang rendah
teringat akan aku
burung Camar Jonathan Livingstone
yang terbang tinggi melepasi awan
bebas mencari peluang bukannya perlindungan
memngambil risiko terkira dan berimpian
kerana Camar Jonathan Livingstone
tidak memilih untuk menjadi camar biasa
kerana memang hak nya untuk memilih
menjadi luarbiasa.

Terimbas kembali aku tentang insan di balik kaca
yang selama ini, masa dan cebisan hidupnya
telah tersisa sekian lama membebankan,
Pagi ini insan di balik kaca tersenyum sinis kepada ku
namun aku terima dengan hati terbuka

lalu aku berteriak
wahai insan di balik kaca
keluar perintah ku!
keluar perintah ku!
Keluar! Keluar! Keluar!
sekarang masa untuk bertindak
medan peluang sudah lama menanti kita di sana
dengan senapang hukum rintangan
dengan motar hukum alam
berfikir dan bertindaklah untuk kita bersama
usah duduk dalam perlindungan lagi
masa tidak menunggu mu,
masa itu berkekalan berterusan

nyawa mu adalah masa ku, masa ku adalah nyawa mu
kunci perjuangan ada ditangan mu ada ditangan ku
buat membuka mangga kemelaratan yang berkarat itu
jangan konfrantasikan halangan harmonikan rintangan
kerana cabaran didikan Tuhan buat insan
dalam proses perubahan diri dalam diri

Sesungguhnya, insan dibalik kaca,
burung camar Jonathan Livingstone
adalah aku dalam kembara aku
dalam aku ku
mengenali erti sebuah kehidupan
kerana aku insan luarbiasa
kerana aku adalah JUARA!

kelana Akira
Gold Dynamic Seminar
SIBU. SARAWAK.
18 Julai 2003

Friday, September 5, 2008

KALI DIRI


sepertiga malam keramat ini
duduk aku di koleh mihrab
mengayuh berkolek munajat
sepanjang kali kalimah-Mu
menyusur harakat demi harakat ayat

Segar aku bila
Engkau mengalir makna
nyata aku ke dalam aku
inti hakikat ketuhanan dan insan
saat berkayuh berkolek meredahi
samudera tinta kalam-Mu

Terjun aku ke dalam jeram diri
berkocak riak hati
meluntur lumut noda di batu nafsu
tertamggal sengsara lelah
hanyut di celah-celah kerikil kelabu
menghakis cebisan-cebisan dosa
menghilir segalanya ke muara
sirna di laut sunyata

sewaktu qiam aku dalam diam
juteru ku temui aku dalam aku
tiada nyata pada diriku
hanya diri-Mu
bersembunyi rahsia di balik rahsia
berselindung di dalam terang
di kali diri berendam tenang
terhanyut aku di laut selabu Mu
ku lihat betapa kecinya aku

kelana_akira@...
2 Januari 2000

DI TEMALI RINDU



Di penghujung malam yang bening ini
bersimpuh munajat di kaki mihrab

Bertandang sejuk resah menyegarkan
mengelus segenap tikungan hati
kadangkala datang melemaskan
menenggelam dendam kasih
dalam kesenyapan laut sunyata

Di penghujung malam ini
muhibah disebalik sejadah pasrah
menali tasbih kasih
melerai rindu yang parah

Perasaan baru singgah di sini
melihat diri dalam jasmani
menatap jasmani dalam rohani
merenung rohani dalam Rabbani
kerana cinta yang suci bajanya uji

Menghirup kebesaran-Mu
kita bersua rasa dibalik jendela rahsia
Engkau bagaikan dekat tidak berantara
jauh tidak bersentuh
menemukan aku dalam aku
menemui diri dalam diri sejati
hanyalah Engkau yang abadi.

renungan Ramadhan
cool-ching
7 DISEMBER 1999

DUNIA


Dunia di bawah masa
sudahkah menyingkap kalendar hari
pada setiap desah nafas dipinggir akhir diari

Dunia di pangkal senja
sudahkah bertanam bila datang sangkakala
buat mula penghidupan tiada penghujung

Dunia di atas ranjang
sudahkah bangun bila datang yang lima
sebelum pergi yang lima

Dunia cantik mempersona
alpa di bawah masa
walau pergi yang lima
walau hampir kala senja
namun lena memanjang
masih di ranjang
cinta pada dunia

cool-ching 
7 Disember 1999

PENJENAYAH PERIBADI

Atastitah rajahati Abi Lahab
pemburu antihakikat sunyata
di bawah skim jenayah peribadi
pembunuh segala kebenaran

Lalai mengintai cuai
khalifah kafilah tabah
sekalanya sangkala dunia
di ujung senja

Penjenayah peribadi
berbekal busurpanah Abi Jahal
menjelajah jajajh lurah nadi akal
menjaring fadhihat fitnah
di kali realiti

Khalifah muwahid
bermukim Umar didada mu
takhlikkan fadilah As-Siddiq
kordinasi munajat mujahaddah
suadaya cekalmu
membunuh penjenayah peribadi

kelana akira
coolching
9 April 2000

KANVAS SENJA


garis senja
adalah alis mata-Mu
kerana di dalam bulan
ada mata Mu
di alun gelombang
ada bibir Mu
meraut laut wajah Mu
sukar ku bayang
dalam seribu kenang
kerana di balik gunung
ada KAMU...

kaul resort. mukah
2007

SEEKOR YAHUDI

Sejarah berdarah
kembali berulang
tragedi Karbala dan
peristiwa perang Siffin
dengan berakhirnya
perjanjian Tahkin

Golongan Khawarij
hingga hilang punca
di ujung perjanjian
Muawiyah terjerat
fitnah

Misi seekor Yahudi
menyamar dalam agama
menjelma dalam bangsa
sekian lama bersama
empat sahabat khalifah
dunia dan akhirat
terpesong akal mereka
di ujung lidah
Abdullah Assabah

ujudkah mereka
dalam kita
pada peristiwa
yang sama
kerana dunia ini
fana dan
kerana kita ini
insan bernama manusia
bukan insan bernama setan

Wednesday, September 3, 2008

SEHABIS SUNYI



berdiri di remang malam
menghilir serpihan kenang
di kali hati ku kontang
merenung aku dalam aku ku
menghadap laut diri
kembali menyeru bayu rindu
agar meribut resah bertalu

di pantai harap ini
berdiri aku
memutar cakerawala waktu
ingin ku peluk diri Mu
sehabis sunyi senja
hingga batas penghabisan

di mana jua posisi Mu
Engkau tetap di hati ku
selagi ujud langit dan laut

anCasa Resort, Port Dickson
Noember 2005

QIAM DALAM DIAM

Terjun ke dalam jeram diri
berkocak riak hati
lumut noda luntur
di batu nafsu
tertanggal sengsara hayat
di celahnya menghakis cebisan dosa
menghilir ke muara sunyata

segar aku
di kali air-Mu
mengalir makna Engkau
nyata dalam aku ku
Inti hakikat
ketuhanan
dan insan

Tiada nyata
pada diri ku
hanya diri mu

bersembunyi rahsia dibalik rahsia
berselindung di dalam terang

1 Muharam 1422H
Petra Jaya, Kuching.

PENAKLUK CINTA

Tuhan ku
Andaikata cinta itu penakluk
tawanlah aku dengan cinta Mu
moga tiada yang dapat menjajah
aku dalam aku ku

Tuhan ku
kiranya resah mengundang nikmat sakit
tanpa bersua muaranya
temukan rasa sakitku dengan rindu Mu
dan jadikanlah getir ku
muara pertemuan dengan Mu

Tuhan ku,
hati ku hanya pada yang satu
seandainya aku gagal menuang
cinta ku kepada Mu
arah manakah wajak ku sembunyikan
jika diri Mu enggan berpaling pada ku
setelah muara resah ku tidak bertemu lagi
sungai rindu Mu

10 Awal Muharam1429 H
Taman Puteri, Petra Jaya

MULANYA DI SINI

Di sini
menghitung lembaran silam
sejarah dan lagenda alam
tenggelam di lautan siber
teknologi IT samudera revolusi
abad ke 21.

Santubong Sang Puteri
Sang Puteri Sejinjang
pernah tersumpah
menjadi gunung penghuni pantai
sesetia Laut China Selatan
angkara pertelingkahan
yang tiada kesudahan
berbekas di sini.

Asmaradana Datuk Merpati
pernah ada di sini
bersama Datuk Permaisuri
cinta bersemi lantaran
Santubong dijadikan negeri

Terjajah Darul Hana
kerana angkara warganya
Rajah Putih menakluk segalanya
berabad sudah sekian lama
tersisa di lagun ini
segalanya bermula di sini.

Kelana akira
Damai Lagoon, Santubong.
16 Ogos 205

AURA

Untuk melihat Aura sebenarnya tidaklah begitu sukar. Berikut ini bagaimana caranya anda mampu melihat warna aura tersebut.

Pastikan rakan anda berdiri dengan jarak lebih kurang 50 cm di hadapan satu dinding atau latarbelakang yang berwarna putih. Mintalah rakan anda bertenang dan bernafas dalam - dalam. Supaya dapat melihat aura dengan baik , sekurang-kurang nya anda hendaklah berada dalam jarak 3 meter dan cahaya tidak boleh terlalu terang .Cahaya alam merupakan cahaya yang paling baik. Cara terbaik melihat aura melihat di sekitar kawasan kepala dan bahu.

Setiap orang akan mampu melihat aura dan warnanya.Cuma waktu anda menguasai mungkin berbeza-beza. Namun sekarang terdapat alternatif lain untuk melihat aura. Iaitu dengan menggunakan Kirlian Photography. Teknik foto aura ini dicipta oleh dua orang Russia iaitu Semjon dan Welentina Kirlian.


WARNA AURA
Serba sedikit mengenai warna-warna aura, Saya tidak memberikan secara detail, cuma sekadar pemahaman saya, semasa saya mempelajari terapi melalui aura reiki.Namun begitu Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.

Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.
Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.
Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

FOKUS IMPIAN KENDIRI

Mengapa kita perlu menetapkan impian dan perlu fokus pada impian tersebut?. Ini adalah kerana impian berkait rapat dengan frekuensi dan vibrasi fikiran.

Sebenarnya jika kita menetapkan target atau impian dalam kehidupan, fikiran kita akan ditetapkan pada frekuensi dan vibrasi yang spesifik dan selari dengan impian tersebut. Seterusnya getaran itu akan dipancarkan keseluruh alam seperti gelombang radio.

Kebanyakkan orang gagal mendapatkan impian mereka kerana tidak fokus. Jadi apabila impian tidak ditetapkan pada frekuensi yang tertentu , atau tidak fokus dan sentiasa menukar impian, ianya umpama kita sentiasa menukar frekuensi gelombang radio.

Bayangkan anda sedang memicit butang untuk menukar frekuensi siaran yang anda inginkan, bertukar dan terus bertukar, anda tidak menjumpai frekuensi yang anda inginkan, bukan disebabkan oleh frekuensi yang tidak ada. Tetapi sebab kita tidak tetap pada satu frekuensi sahaja.

Begitu juga dengan minda kita, sekiranya kita tidak fokus pada impian tersebut, ianya bukan bermakna anda telah gagal. Tetapi disebabkan oleh minda belum sempat bekerja untuk anda, tetapi anda telah menukarkan fokus anda ke arah lain. Seterusnya frekuensi gelombang pun berubah. So salah siapa? Sekiranya tidak mencapai impian?

Alhamdulillah, Ramai diantara pembaca memberikan komen dan pendapat tentang rahsia disebalik fokus. sebenarnya, Semua jawapan anda betul, Tetapi saya sebenarnya menginginkan fakta yang benar-benar membuatkan orang yakin untuk fokus dalam memperolehi apa yang diinginkan.

Saya yakin, sekiranya anda tahu bagaimana fakta sebenar , mengapa kita perlu fokus, InsyaALLAH hati anda tetap untuk fokus dalam sesuatu perkara. Mengapa kita perlu fokus dalam impian kita. Sebenarnya minda kita hanya mampu menerima atau berfikir satu perkara sahaja dalam satu masa. Sekiranya anda fokus tentang ikan, adakah akan keluar gambaran sotong, ayam atau itik? Sudah pasti hanya keluar pasal ikan sahaja. Itu salah satu cara kerja minda. Hanya menerima satu perkara dalam satu masa.

Jadi sekiranya anda fokus sesuatu yang positif. Jadi minda kita hanya menerima yang positif, dan sekiranya dilakukan berulang-ulang, Ianya akan terus masuk ke minda separa sedar seterusnya minda separa sedar akan bekerja secara positif untuk anda. Minda tidak akan lagi bekerja untuk perkara lain dalam satu masa.

So anda boleh lihat, betapa mudahnya anda memperolehi kejayaan, sekiranya anda tahu cara kerja minda. Dan ikut setiap aturan yang telah ditentukan oleh yang maha kuasa.

MEDITASI

ETHICAL BARRIER
Ethical Barrier berfungsi melindungi individu dengan cara menolak semua cadangan yang bertentangan dengan perkara yang benar dan salah, menurut individu itu.

Contohnya Ali bercerita kepada rakannya zul, tentang cara mudah untuk menghasilkan wang, melalui penggunaan kaedah magnetism menggunakan kuasa minda. Walaupun Zul percaya bahawa kaedah itu adalah benar dan terbukti, Tetapi Zul masih lagi menolak kebenaran cerita daripada Ali. Ini kerana Zul percaya Cari duit perlukan usaha yang keras dan tiada jalan yang singkat.Mengapa Zul menolak cadangan Ali tersebut. Ini kerana beliau telah melalui pengalaman yang agak sukar untuk mendapatkan wang. Jadi akibat pengalaman tersebut sudah lama tertanam di minda separa sedar Zul, beliau tidak meyakini, Setiapa cadangan Ali walaupun telah terbukti cara dan kaedah Ali memang berkesan.

Jadi satu perkara yang perlu anda tahu, sekiranya anda ingin melakukan perubahan kepada diri anda, anda perlu tahu dan faham cara ketiga-tiga anti suggestive yang berada di minda sedar kita bekerja dan harus bekerjasama sesuai dengan prinsip ketiga-tiga barrier tersebut. Ianya penting supaya setiap cadangan yang diberikan tidak ditolak oleh ketiga-tiga anti suggestive barrier ini, dan dapat masuk ke minda separa sedar kita dengan selamatnya.

Jadi apabila anda cuba ingin berubah , tetapi masih tidak boleh berubah . Ini adalah disebabkan anda tidak tahu bagaimana untuk bekerja dan menangani ketiga-tiga filter tersebut. Bagaimana untuk menanganinya? Tunggu!!

ANTI SUGGISTIVE BARRIER
Ketika kita masih lagi berada di alam kandungan sehingga umur 3 tahun, Fikiran kita hanya berfungsi dan beroperasi di minda separa sedar. Ketika ini, kita masih lagi belum berupaya untuk menggunakan fikiran sedar. Ini kerana fikiran sedar hanya terbentuk apabila seseorang individu itu berumur 3 tahun dan ianya akan berkembang selari dengan penambahan usia. Pada usia 11 tahun, minda sedar benar-benar berfungsi dan mempunyai filter yang sangat aktif dan efektif menyaring pelbagai informasi yang diterima oleh minda.

Selama 25 tahun Dr. Goergi Lozanov, iaitu seorang educator dan psikologist berbangsa Bulgaria dan juga seorang pakar accelerated teknik, telah membuat kajian mengenai minda manusia, dan beliau mendapati bahawa minda manusia mempunyai 3 filter .

Sekiranya kita faham dan tahu bagaimana ketiga-tiga filter tersebut berfungsi, maka kita akan dapat mengakses dan memasukkan pelbagai saranan atau program secara langsung ke Minda Separa Sedar tanpa bantahan atau penolakan.

Ketiga-tiga filter ini lebih dikenali sebagai anti suggestive barrier. Sebagai anti suggestive barrier, ianya berfungsi sebgai penghalang kepada saranan. Tanpa filter ini, maka kita akan terlalu mudah terpengaruh dan berubah . Filter ini berfungsi sebagai pelindung diri kita daripada pelbagai input yang mungkin akan mengakibatkan pencemaran minda. Dengan kata lain, anti suggestive barrier berfungsi untuk menolak input yang masuk ke minda separa sedar.

Ketiga-tiga anti suggestive barrier ini dikenali sebagai logical barrier, intuitive (affective) barrier dan ethical barrier. Bersambung untuk penjelasan ketiga-tiga anti suggestive barrier.

MEDITASI ATAU TAFAKUR
Menurut penulis buku “Meditation: New Perspective” David Fontana, Meditasi ialah satu amalan sihat dan pengamal mampu melihat dengan jelas apa yang berlaku di dalam diri dan minda, dan ianya juga membantu pengamal melihat keadaan yang berlaku pada dunia luar.

Meditasi ialah memfokuskan fikiran pada satu titik bagi membina kekuatan minda dan fizikal. Meditasi kebiasaan digunakan untuk:

Mencari ketenangan
Membantu minda menumpu perhatian
Menjadikan seseorang lebih peka pada dunia luar
Menerap nilai kemanusiaan
Mengenal diri
Antara kebaikan bermeditasi ialah:

Mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran
Menajamkan daya ingatan
Meningkatkan daya ingatan
Meningkatkan tahap kesihatan
Mengawal emosi di dalam keadaan yang tertekan

Guru terbaik bagi mempelajari meditasi adalah pengalaman peribadi iaitu setelah kita mempraktikkan atau mengamalkan meditasi dalam hidup kita. Tidak ada guru atau buku-buku yang dapat mengajarkan secara pasti bagaimana seharusnya kita melakukan meditasi, kecuali melakukannya sendiri.

FOKUS DALAM MEDITASI
Teringat saya pada waktu kanak-kanak dahulu,Saya selalu bermain dengan kanta pembesar kepunyaan pakcik saya. Pada ketika itu, ianya bagai satu keajaiban apabila saya dapat membakar kertas dengan hanya meletakkan kanta tersebut di bawah cahaya matahari tanpa perlu menggunakan mancis. Namun begitu, apabila memiliki sedikit ilmu, barulah saya ketahui semua itu disebabkan oeh panas cahaya matahari berkumpul pada titik fokus kanta tersebut, apabila kanta dijauhkan dari kertas tersebut ianya tidak mampu menyalakan api kerana tiada titik fokus yang utama.

Begitu juga dengan kita sebagai manusia, apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan lebih fokus, tekun dan memberi tumpuan yang sebaiknya ia akan dapat memberikan hasil yang baik kepada kita. Fokus memberi banyak kebaikkan kepada kita. Apabila kita Fokus dalam melakukan sesuatu kerja, hasil kerja kita akan menjadi lebih berkualiti.Selain itu dengan fokus juga dapat menolong kita meningkatkan kualiti diri, serta dapat menjayakan sesuatu pekerjaan dengan mudah.

Ketika melakukan meditasi, Kuasa fokus adalah penting, tanpa fokus anda hanya melakukan meditasi yang sia-sia. Dengan memiliki daya konsentrasi yang tinggi, ianya akan memberikan anda kawalan pemikiran yang baik, minda yang tenang,serta daya keyakinan yang tinggi.

Kekuatan daya ingatan anda juga bergantung kepada keupayaan fokus atau tumpuan yang anda berikan kepada sesuatu perkara atau objek tertentu. Jika daya tumpuan ini lemah, maka lemahlah daya ingatan dan daya tanggapan secara keseluruhannya. Anda semua sedia maklum, sekiranya anda memberikan sepenuh konsentrasi terhadap sesuatu perkara, maka anda akan dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan lebih baik dan teratur. Ini kerana seluruh tenaga minda ditumpukan terhadap perkara yang dihadapi dan ini dapat menentukan daya ingatan seseorang kerana makin tinggi daya konsentrasi yang diberikan, makin tinggi pula daya ingatan anda mengenai perkara itu. oleh itu, untuk mendapat sesuatu hasil yang baik dalam pekerjaan anda, fokus memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakannya.

NASIB


NASIB
DI dunia ini hanya terdapat dua nasib, iaitu KEMISKINAN dan KEKAYAAN yang sedia ada menunggu dua jenis manusia, manakala dua jenis PEMIKIRAN yang berbeza akan melahirkan dua jenis MANUSIA yang lain NASIBNYA.

Dan kerana itu, manusia melakukan sesuatu di dunia inipun kerana dua perkara iaitu: Untuk mendapat KEBAHAGIAAN dan untuk mengelak KESENGSARAAN HIDUP. Maka sebab itu kita harus tidak takut berdosa jika kita berani mencuba dan mencapai kegagalan tetapi seharusnya kita lebih takut berdosa jika kita tidak berani mencuba. Kita todak akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan. Namun kita akan lebih menyesal atas apa yang belum sempat kita lakukan.

saya perhatikan ramai orang BERJAYA disebabkan mereka dapat mengubah hidup mereka dengan mengubah SIKAP dan MENTAL mereka. kalau nak berjaya kita harus bersedia menyambut KESEMPATAN yang menjelma kerana dunia ini tiada JAMINAN melainkan SATU PELUANG.

Oleh itu jika kita berlembut dengan diri sendiri, maka kehidupan akan melayan kita dengan KEJAM. Jika kita melayan diri kita dengan TEGAS, maka kehidupan akan melayan kiata dengan lembut. maka sebab itulah kita kena AMBIL BERAT tentang diri sendiri agar kehidupan kita menjadi RINGAN, Kalau kita AMBIL RINGAN tentang diri kita, maka kehidupan kita menjadi BERAT.

Lantas, bagi orang yang benar-benar BERKEMAHUAN tidak ada sesuatupun yang MUSTAHIL. Lihatlah ke dalam didi kita sendiri. Apabila kita menoleh kebelakang kita dapat melihat bahawa, TENAGA dan USAHA kita selama ini hanya dihabiskan untuk mengisi IMPIAN ORANG LAIN. Mengapa kadang-kadang kita merelakan KEPENTINGAN orang lain lebih ke DEPAN daripadaKEPENTINGAN diri kita sendiri.

Berhati-hatilah dengan fikiran kita, fikiran kita boleh menjadi BAHASA, Bahasa boleh menjadi TABIAT, Tabiat boleh bertukar menadi KARAKTER (watak/perwatakan) kita dan KARAKTER kita boleh berubah menjadi NASIB KITA

Apabila PERSEDIAAN bertemu PELUANG itulah dinamakan NASIB Yang Baik. Keputusan yang baik akan membawa NASIB Yang Baik. Bila kita bekerja dengan tekun dan bijak NASIB Kita akan bertamabah baik. TABIAT yang baik lebih baik daripada BERNASIB baik. Kalau kita BERANI pun akan BERNASIB baik. Jika kita mahu BERNASIB BAIK maka kita MESTI merebut PELUANG Yang baik. Dan, PERCAYA pada setiap orangpun boleh melkaksanakan dengan TERBAIK. kalau kita mahu, kita bersedia dan kita berhasrat, NASIB kita pasti NASIB TERBAIK.

MASA


MASA
Demi masa, manusia dalam keadaan merugi, dalam keadaan gagal, dalam keadaan putus asa, kecuali orang yang beriman, orang yang percaya, orang yang yakin terhadap Tuhan Yang Maha Esa.

Aku Percaya,
Setiap rintangan, setiap tentangan, setiap cabaran yang datang dari sesiapapun ada kehendak Allah Yang Maha Kuasa.

Aku Yakin dan Aku Percaya,
Allah tidak akan memikul Beban ke atas bahu setiap Insan ciptaan-Nya di luar batasan.

Andaikata TUGAS dan TANGGUNG JAWAB aku hari ini diberikan pada ku, aku yakin Allah memberi ukuran untuk aku, bahawa aku MAMPU Berjaya dalam TUGAS ku ini.

Cuba soal diri kita sendiri apakah kita mencintai HIDUP; kalau begitu jangan mensia-siakan WAKTU, sebab HIDUP diperbuat dari WAKTU. Kegiatan membuang waktu sama seperti Barah (cancer). Ia menghabiskan tenaga dan cenderung tumbuh semakin membesar bengkaknya sehayat hidup kita.

Pengurusan MASA bererti Pengurusan Tingkah Laku, ia menentukan GANJARAN yang bakal kita terima. Jadi jangan biarkan EMOSI mencuri MASA kita kerana masa tidak akan kembali. Kita perlu Ingat KOMITMEN kita, kerana Komitmen kita adalah TALI PENGIKAT DIRI kepada usaha diri sendiri untuk mencapai HASRAT yang dicari untuk DIMILIKI. Jadi jangan buang masa. Membuang MASA bererti membazir USIA dan kerana MASA juga adalah NYAWA.

Dan, Demi Kejayaan maka rebutlah 5 MASA iaitu; Muda sebelum Tua, Sihat sebelum sakit, Kaya sebelum Fakir, Lapang sebelum Sebok dan Hidup sebelum Mati.

Apakah maknanya nikmat hidup ini kerana makna nikmat hidup sebenarnya adalah apabila kita menerima setiap minit sebagai ANUGERAH yang tidak dapat diulangi kerana tidak ada dua hari yang sama. Maka, jadilah orang BERNILAI bukan sekadar menjadi orang yang BERJAYA. dan, harga bagi sebuah KEMASYHURAN adalah Tanggung Jawab (sendiri tanggung sendiri jawab)

Kehidupan kita pada MASA hari ini adalah HASIL menentang arus hidup pada MASA lalu. Setiap fajar yang baru adalah Kelahiran Baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun pagi hari, bangunlah dengan harapan terhadap hal-hal yang baik yang akan datang kepada kita hari ini.

Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin. Esok belum pasti akan datang. sekaranglah satu-satunya waktu yang boleh diterima. Manfaatkan hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan-akan hari ini hari terakhir bagi diri kita. Buatlah setiap hari yang bermakna dan hari yang bermanfaat. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selama-lamanya. Kejayaan kita di masa akan datang sangat bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini.

Jika kita berbuat yang terbaik pada setiap hari ini. yang kita miliki, maka setiap hari esok kita akan mengurus diri sendiri. Marilah kita mencipta hari ini menjadi lebih baik dari Kelmarin. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah lebih bererti bagi kita.

Kita akan hanya boleh menjejak kaki ke benua lain jika kita sanggup belayar untuk satu tempoh yang TIDAK SELESA. Masa yang lama itu juga mungkin satu tempoh yang begitu sukar. Masa perjalanannya lama, ribut kencang dan malamnya begitu gelap. tetapi bila sinar mentari terbit pada pagi hari dan burung-burung berkicau riang, barulah kita sedar dan kita berkata “sungguh tak ku sangka, rupa-rupanya aku sudahpun tiba ke destinasi ini...” Ruang terbesar di dunia ini adalah Ruang Masa yang di sisi dengan Kemajuan diri dan jiwa mencerahkan waktu-waktu luang.

1. Ambillah WAKTU untuk BERFIKIR. Itu adalah sumber KEKUATAN.
2. Ambillah WAKTU untuk BERMAIN. Itu adalah rahsia dari Masa MUDA
3. Ambillah WAKTU untuk BERDOA. Itu adalah sumber KETENTANANGAN.
4. Ambillah WAKTU untuk BELAJAR. Itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.
5 Ambillah WAKTU untuk MENCINTAI dan DICINTAI. Ityu adalah HAK istimewa
yang Tuhan berikan
6. Ambillah WAKTU untuk BERSAHABAT. Itu adalah JALAN menuju KEBAHAGIAAN.
7. Ambillah WAKTU untuk TERTAWA. itu adalah MUZIK yang menggetar HATI.
8. Ambillah WAKTU untuk MEMBERI. Itu adal membuat kita HIDUP.
9. Ambillah WAKTU untuk BEKERJA. Itu adalah Nilai KEBERHASILAN.
10. Ambillah WAKTU untuk BERAMAL. Itu adalah KUNCI menuju ke SYURGA.

Sekarang, bolehlah kita memfokuskan perhatian kita terhadap sesuatu “PERTARUNGAN” yang memberi MAKNA yang besar terhadap hidup kita. Kini kita boleh katakan ; aku tidak lagi memerlukan “PERTARUNGAN” yang tidak hanya akan merugikan MASA dan TENAGA aku. Aku mesti tinggalkan cabaran-cabaran yang tidak memberi manfaat kepada diri aku.

SEKARANG kita Mulakan waktu kita melangkah dengan baik dan sempurna di jalan kejayaan walaupun sedikit tetapi harus waspada sentiasa kerana Melencong seinci Seribu batu rugi.

SEKUNTUM MAWAR BIRU


Cebisan demi cebisan
sisa kasih bertabur-taburan
di makam cinta sepi
tanpa bernisan

Helaian demi helaian
lipatan kisah semalam
sewaktu ku terima
warkah rindu yang terakhir
pada saat lewat senja
di kejauhan ini, sayang
sungguh tak mampu aku
menahan keputusan

Mengapakah kini kita
harus kembali bertemu lagi
mengungkit akan kisah lama
dimusim berganti
pada akhir perjalanan
yang pernah kita lalui dulu
menyonsong dalam pencarian makna
teramat kosong ini

Mengapa harus aku bersusah payah
meraba bintang berkelipan yang
tak mampu ku genggam

Andaikata ada jodoh pertemuan
sekuntum mawar biru akan aku hadiah pada mu
sewaktu dihari jadi mu

Titik tidak tersua di mata
pada lewat sebuah cinta
entah di mana kesudahannya
sebuah arca khayalan

MAS KAHWIN CINTA

Pertunangan telah disempurnakan
hati mu cicin hati ku jari
bicara bercantuman
sekata sehati

Perkahwinan akan dilangsungkan
berwali kesyahduan
cinta suci
jantung mu pelamin
jantung ku mempelai

Bersaksikan kesetiaan
berjalan di lorong
kasih sayang

Kita akan diijabkabulkan
maskahwin adalah
segunung kerelaan


...hanya tinggal nostalgia sahaja ...

TAPAK LANGKAH KU


Setapak demi setapak
jejak-jejak lalu
berlalu penuh liku
terluka aku disetiap laluan ku

Langkah demi langkah
menongkah arah hala tuju
menyamar kesulitan disegenap
jalan visi ku

ke depan penuh batu penghalang
tanpa peduli bergelimpangan
pengorbanan dipersekitaran
kerana kesulitan adalah
alasan-alasan persekitaran
menjelma menjadi batu penghadang
namun pasti batu-batu itu
aku jadikan batu loncatan visi ku

Ku buru puncak impian
rupanya sukar ditawan
dalam keselesaan

demikian hukum perubahan
setelah hijrah kembali ku mulakan.

1 Zulhijah 1428

BULAN MENGAMBANG

Mengambang bulan di langit hijau
tidakkah secerah mentari di langit merah
lembah dan lurah berabad kering mewah
Sedang baja di tanah sendiri
menyubur subur di bendang seberang

Kuala Besar dikocak badai
tidaklah setenang Teluk Likas Kinabalu
ombaknya menyusur sipu-sipu
negeri maju dek bijak peneraju
kerana bukan sekadar berkata tahu

Pantai Cahaya Bulan
bergelora sentiasa
inginkan damai sepermai
Pantai Damai Santubong
santun bersimpuh di tepian
Laut China Selatan
rumpun akarnya bercampur
tebing dan aur kasih
kian lama tidak luntur
menjalar akar misi visinya menggunung
dalam seberkas ras yang dijunjung.

Bersinarkah lagi bulan di ranjang dunia
andai melihat akhirat hanya kalimat surat
tanpa melihat akhirat tersirat dibalik rahsia
huruf dan ayat
hanya satu yang benar-banar tahu
sedang yang seribu selalu keliru
bagai bistari seperti hukama dengan imalat
bila bergerak hilang tumpu sirna tuju
tiada penamat.

Serambi Mekah terpokah satu persatu
siapakah yang akan ambil tahu
bila bulan retak beribu
apakah hayat tinggal nama seorang guru.

kelana akira
Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Kota Bharu, Kelantan
25 Ogos 2002

HADIR HADHARI

Hei Nusantara tradisi seni,aku tahu asal mula menjadi
sejak Majapahit, Srivijaya,zaman Taming Sari
dari Jepun dan Koloni sehingga merdeka ibu pertiwi.
Telah hadir Madani dibangsakan kemajuan maju lahir batin
Telah hadir Hadhari memperlihat diri lebih daripada negaranya sendiri
yang realiti yang hakiki
hadirlah hadir dikau hadari
hadir mu dilahirkan demi harmoni jagatraya
hadirnya hadir mu hadari demi
hak asasi insan untuk diyakini
buat yang berlainan akidah serta kepercayaan sepelusuk benua tenggara ini
yang masih bisa dipertahankan tanpa paksa rela,

Lihatlah lihat pemimpin negara kita hari ini
telah menemui formula termaju dahulu kala
setelah merenung kembali sistem Islam silam
di zaman gemilangnya,makanya hadirlah Hadhari
hadir Hadhari tamadun rohani dan maknawi
tamadun material pembangunan ibu pertiwi.
Lihatlah negara barat.
Demi atas nama kononya kebaikan jagat ,
tiada siapa berani menyekat
maupun mempersoalkan kebijaksanaan
akalbudi barat yang tersirat
akhirnya benua kerdil seringkali mati terjerat.
Merata dunia yang hanya tahu mencedok
demokrasi fantasi sebagai dasar negara darinya
yang telah dituangkan hukum di lautan dunia nyata
yang penuh birokrasi oleh hakim bentala
yang penuh hipokrasi oleh polis dunia
penceroboh nombor satu mayapada.

Demi kemajuan desa dan kota
disimpul teguh buhul kasih
antara kemajuan material dan pembangunan insan
kreasicipta pemimpin cendiakawan
negara ku Malaysia
hadir mu Madani hadir mu Hadhari
hadir Hadhari canggih maju membawa kemakmuran
mengikut keperluan zaman.

kelana akira
taman puteri, petra jaya. kuching.
23 mac 2005

MATA BURUNG 1


Hei! Nusantara tradisi seni
aku tahu asal mula menjadi
gendang suci Datuk Merpati
gemanya guruh dilangit tinggi
laungan halilintar membelah bumi
di atas bukit penuh misi bermisi
di puncak gunung penuh visi bervisi
gemanya mengundang
menduga minda dan hati

Akulah burung siraja burung
bukannya burung siburung helang
rohnyua hilang jasadnya melayang
Sangalang Burung jiwa ku
Raja Udang suma ku

Hei! Nusantara tradisi seni
aku tahu pencak dan tandakmu
gendang seribu satu rentak
sabung menyabung
sejarah bahasa, sejarah bangsa
berperisai sejarah budayamu
dari Gunung Ledang berdondang Sayang
bertiup semili suara rebab mengalun kasih
menelusuri selat Melaka sekata sehati
merentasi Gunung Santubong berladoh lanang
desiran pawana sape' bernada sayang
mudik ke hulu Sungai Sarawak
sedenyut senadi meniti Jambatan Tamparuli
lantas menghinggap di puncak Kinabalu
beradai-adai bersama Kulintangan
berlagu rindu di bawah bayu

Hei! Buana dan jagatraya
buka mata dan mindamu
angin, sungai dan gunung kami
bercantuman senada seirama
tiga simfoni menyatu biru
di pinggir Laut China Selatan
di bawah Jalur Gemilang
jalur darah ku!

kelana akira
Mount Kinabalu Park
1997

MANTERA MATA BURUNG II

Hei Nusantara tradisi seni aku tahu asal mula menjadi
gendang suci datuk Merpati
laungan halilintar membelah bumi
akulah burung siraja burung bukannya burung siburung helang
rohnya hilang jasadpun melayang-layang
jadilah jadi bagai Sengalang Burung jadilah jadi seperti Raja Udang
terbang menyusur mengalur Jalur Gemilang

Hei! Nasar mencar sasar
ku tahu paruhmu peracun minda
hatimu berniat laknat bijak dengan caturrangga imalat
kukakimu peracun jiwa pendekar mayapada
bijak mencorak budaya bentala
kepakku tangkas mengelak jurus budaya jiwamindamu
dengan perisai iktikad pedang syahadat
gerak tandak tabuh sayap silap meyilap
rentak rebab gendang tarisilat panglima perang
sejarah wiragabangsa,
sejarah wiramabahasa,
sejarah wiralokabudaya
bisa mengilastepis minda mu,
bisa memukuterjang jiwa mu
bersama mantera mata burungku

patah pucuk randa rusa patah dengan ibu kaki
patah paruh burung ria patah dengan tangkai hati

Hei! Si helang
bermata biru berambut perang
tundukmu bukan tunduk hormat
canggahmu bukannya canggah keramat
kau ngebab bukan tak bersebab
kau hinggap bukan sekadar menghadap

Hei! Buana dan jagatraya
mendalaku nusantara indah
sungai, laut dan gunung berkonsi darah
barangsiapa bertandang terbang
membawa budaya terlarang
datangnya pastiku hadang
akan tunduk muntah lolok
barangsiapa hinggap menjadi penjajah sosial bidaah
kalau mencanggah muntah darah,
kalau mengebab patah sayap
kalau hinggap patah kaki

Hei! Nasar si helang malang
jika kau datang malam pulang kau pagi
jika kau datang pagi pulang kau tengahari
jika kau datang tengahari pulang kau petang
bukan tempat bukan kawasan kau di sini
nun tempat kawasan kau di pauh jenggi
di Pulau rangi di hutan yang sunyi.

kelana akira
Damai Resort, Santubong.
Kuching. Sarawak
1998