Dunia di bawah masa
sudahkah menyingkap kalendar hari
pada setiap desah nafas dipinggir akhir diari
Dunia di pangkal senja
sudahkah bertanam bila datang sangkakala
buat mula penghidupan tiada penghujung
Dunia di atas ranjang
sudahkah bangun bila datang yang lima
sebelum pergi yang lima
Dunia cantik mempersona
alpa di bawah masa
walau pergi yang lima
walau hampir kala senja
namun lena memanjang
masih di ranjang
cinta pada dunia
cool-ching
7 Disember 1999
No comments:
Post a Comment