Tuesday, September 9, 2008

PERAIH MIMPI

Fantasi merealisasikan mimpi
tercapai impian bukan
sesuatu anganan khayalan
saat meraikan sukses
dipersada dataran kejayaan

keran sukses bukan berdasar
garis keturunan
yang di bawa seawal lahir
bukan pula kualiti genetik
yang dimiliki seglintir insan

insan sukses insan biasa
yang berusaha mendapat hasil luarbiasa
menggaji diri sendiri bukan orang lain
penentu gaji semahu yang dimahu

kerana insan luarbiasa
adalah pemimpi bertindak
berdasar fantasi
merealisasikan impiannya
yang tidak bertepi

berbekal hasrat, kepercayaan, sabar
dan ketekunan tanpa batasan
siap siaga mental gagal dan penolakan
berbekal ilmu benteng perisai
setiap jaringannya
kunci keberhasilan usahawan
peraih mimpi para jutawan

10 Mac 2004
Taman Puteri, Jln. Sultan Tengah,
Petra Jaya. Kuching.

No comments: