Wednesday, September 3, 2008

RANGKAIAN KASIH

dipersetiga malam ini
menyelinap rindu dibalik
sepi malam

kerana setiap pertemuan
dipersetiga malam begini
sesekali getar sukama ku
mengajak aku segera
kembali ke riba-Mu

desir semilir zikir
susunan rangkaian tasbih kasih
menghembus elus sukma
cinta sunyata
fana di kelambu malam-Mu

andai aku
ditinggal pergi sebentar lagi
sudilah dikau
berpaling pada ku kembali
andai aku
disituasi begini
sudi kiranya diKau menerima
kepulangan ku nanti

kelana akira
15 ramadhan 1416

No comments: