Di sini
menghitung lembaran silam
sejarah dan lagenda alam
tenggelam di lautan siber
teknologi IT samudera revolusi
abad ke 21.
Santubong Sang Puteri
Sang Puteri Sejinjang
pernah tersumpah
menjadi gunung penghuni pantai
sesetia Laut China Selatan
angkara pertelingkahan
yang tiada kesudahan
berbekas di sini.
Asmaradana Datuk Merpati
pernah ada di sini
bersama Datuk Permaisuri
cinta bersemi lantaran
Santubong dijadikan negeri
Terjajah Darul Hana
kerana angkara warganya
Rajah Putih menakluk segalanya
berabad sudah sekian lama
tersisa di lagun ini
segalanya bermula di sini.
Kelana akira
Damai Lagoon, Santubong.
16 Ogos 205
No comments:
Post a Comment