Tuesday, September 9, 2008

SEBULAN TRIPESTA (salam ku di aidilfitri)


Ramadhan sudah berakhir
apa khabar kualiti puasa
puasa makan atau pembaziran
dibelit peluang niaga setahun sekali
layakkah disebut perniagaan atau berjualan

i
Pesta makan Malaysia raya
juadah berbuka buat musafir
hampir setiap masjid sepelusok negara
apakah tidak bagaikan mencurah garam ke laut
sedangkan di Mekah menyusun ibadah

ii
Pesta membeli belah Malaysia raya
transit antara pesta makan dan hari raya
keliru antara keperluan dan kemahuan
sayembara kek lapis, cat rumah dan baju raya
usah mengeluh diujung lebaran akhirnya

iii
Pesta Kematian Malaysia raya
berduyun-duyun di jalanraya
branding OPS Sikap saban tahun
tak sabar meski pulang sekadar sebentar
menayang kereta dan motorsikal sarkis
gelandangan jerayawara syawal tiba

apa khabar warga agama ku
di kemboja, Afghanistan Iraq dan Palestine
berselerakah kalian dengan juadah puasa
bersahur dan berbuka dengan motar dan tembakan

Malaysia raya
layakkah kita meraikan
kemenangan aidilfitri ini

Kelana akira
Taman Puteri. Jln Sultan Tengah. Kuching
10 Syawal 1427H

No comments: