Saat aku melangkah keluar pintu hayat baru
terlempar pandang ku ke awan berarak
mendung di langit pagi
namun di baliknya ada suria ceria
dan di dada langit
sekawan burung layang-layang
terebang rendah
teringat akan aku
burung Camar Jonathan Livingstone
yang terbang tinggi melepasi awan
bebas mencari peluang bukannya perlindungan
memngambil risiko terkira dan berimpian
kerana Camar Jonathan Livingstone
tidak memilih untuk menjadi camar biasa
kerana memang hak nya untuk memilih
menjadi luarbiasa.
Terimbas kembali aku tentang insan di balik kaca
yang selama ini, masa dan cebisan hidupnya
telah tersisa sekian lama membebankan,
Pagi ini insan di balik kaca tersenyum sinis kepada ku
namun aku terima dengan hati terbuka
lalu aku berteriak
wahai insan di balik kaca
keluar perintah ku!
keluar perintah ku!
Keluar! Keluar! Keluar!
sekarang masa untuk bertindak
medan peluang sudah lama menanti kita di sana
dengan senapang hukum rintangan
dengan motar hukum alam
berfikir dan bertindaklah untuk kita bersama
usah duduk dalam perlindungan lagi
masa tidak menunggu mu,
masa itu berkekalan berterusan
nyawa mu adalah masa ku, masa ku adalah nyawa mu
kunci perjuangan ada ditangan mu ada ditangan ku
buat membuka mangga kemelaratan yang berkarat itu
jangan konfrantasikan halangan harmonikan rintangan
kerana cabaran didikan Tuhan buat insan
dalam proses perubahan diri dalam diri
Sesungguhnya, insan dibalik kaca,
burung camar Jonathan Livingstone
adalah aku dalam kembara aku
dalam aku ku
mengenali erti sebuah kehidupan
kerana aku insan luarbiasa
kerana aku adalah JUARA!
kelana Akira
Gold Dynamic Seminar
SIBU. SARAWAK.
18 Julai 2003
terlempar pandang ku ke awan berarak
mendung di langit pagi
namun di baliknya ada suria ceria
dan di dada langit
sekawan burung layang-layang
terebang rendah
teringat akan aku
burung Camar Jonathan Livingstone
yang terbang tinggi melepasi awan
bebas mencari peluang bukannya perlindungan
memngambil risiko terkira dan berimpian
kerana Camar Jonathan Livingstone
tidak memilih untuk menjadi camar biasa
kerana memang hak nya untuk memilih
menjadi luarbiasa.
Terimbas kembali aku tentang insan di balik kaca
yang selama ini, masa dan cebisan hidupnya
telah tersisa sekian lama membebankan,
Pagi ini insan di balik kaca tersenyum sinis kepada ku
namun aku terima dengan hati terbuka
lalu aku berteriak
wahai insan di balik kaca
keluar perintah ku!
keluar perintah ku!
Keluar! Keluar! Keluar!
sekarang masa untuk bertindak
medan peluang sudah lama menanti kita di sana
dengan senapang hukum rintangan
dengan motar hukum alam
berfikir dan bertindaklah untuk kita bersama
usah duduk dalam perlindungan lagi
masa tidak menunggu mu,
masa itu berkekalan berterusan
nyawa mu adalah masa ku, masa ku adalah nyawa mu
kunci perjuangan ada ditangan mu ada ditangan ku
buat membuka mangga kemelaratan yang berkarat itu
jangan konfrantasikan halangan harmonikan rintangan
kerana cabaran didikan Tuhan buat insan
dalam proses perubahan diri dalam diri
Sesungguhnya, insan dibalik kaca,
burung camar Jonathan Livingstone
adalah aku dalam kembara aku
dalam aku ku
mengenali erti sebuah kehidupan
kerana aku insan luarbiasa
kerana aku adalah JUARA!
kelana Akira
Gold Dynamic Seminar
SIBU. SARAWAK.
18 Julai 2003
No comments:
Post a Comment