Mengapa kita perlu menetapkan impian dan perlu fokus pada impian tersebut?. Ini adalah kerana impian berkait rapat dengan frekuensi dan vibrasi fikiran.
Sebenarnya jika kita menetapkan target atau impian dalam kehidupan, fikiran kita akan ditetapkan pada frekuensi dan vibrasi yang spesifik dan selari dengan impian tersebut. Seterusnya getaran itu akan dipancarkan keseluruh alam seperti gelombang radio.
Kebanyakkan orang gagal mendapatkan impian mereka kerana tidak fokus. Jadi apabila impian tidak ditetapkan pada frekuensi yang tertentu , atau tidak fokus dan sentiasa menukar impian, ianya umpama kita sentiasa menukar frekuensi gelombang radio.
Bayangkan anda sedang memicit butang untuk menukar frekuensi siaran yang anda inginkan, bertukar dan terus bertukar, anda tidak menjumpai frekuensi yang anda inginkan, bukan disebabkan oleh frekuensi yang tidak ada. Tetapi sebab kita tidak tetap pada satu frekuensi sahaja.
Begitu juga dengan minda kita, sekiranya kita tidak fokus pada impian tersebut, ianya bukan bermakna anda telah gagal. Tetapi disebabkan oleh minda belum sempat bekerja untuk anda, tetapi anda telah menukarkan fokus anda ke arah lain. Seterusnya frekuensi gelombang pun berubah. So salah siapa? Sekiranya tidak mencapai impian?
Alhamdulillah, Ramai diantara pembaca memberikan komen dan pendapat tentang rahsia disebalik fokus. sebenarnya, Semua jawapan anda betul, Tetapi saya sebenarnya menginginkan fakta yang benar-benar membuatkan orang yakin untuk fokus dalam memperolehi apa yang diinginkan.
Saya yakin, sekiranya anda tahu bagaimana fakta sebenar , mengapa kita perlu fokus, InsyaALLAH hati anda tetap untuk fokus dalam sesuatu perkara. Mengapa kita perlu fokus dalam impian kita. Sebenarnya minda kita hanya mampu menerima atau berfikir satu perkara sahaja dalam satu masa. Sekiranya anda fokus tentang ikan, adakah akan keluar gambaran sotong, ayam atau itik? Sudah pasti hanya keluar pasal ikan sahaja. Itu salah satu cara kerja minda. Hanya menerima satu perkara dalam satu masa.
Jadi sekiranya anda fokus sesuatu yang positif. Jadi minda kita hanya menerima yang positif, dan sekiranya dilakukan berulang-ulang, Ianya akan terus masuk ke minda separa sedar seterusnya minda separa sedar akan bekerja secara positif untuk anda. Minda tidak akan lagi bekerja untuk perkara lain dalam satu masa.
So anda boleh lihat, betapa mudahnya anda memperolehi kejayaan, sekiranya anda tahu cara kerja minda. Dan ikut setiap aturan yang telah ditentukan oleh yang maha kuasa.
No comments:
Post a Comment