Wednesday, September 3, 2008
TAPAK LANGKAH KU
Setapak demi setapak
jejak-jejak lalu
berlalu penuh liku
terluka aku disetiap laluan ku
Langkah demi langkah
menongkah arah hala tuju
menyamar kesulitan disegenap
jalan visi ku
ke depan penuh batu penghalang
tanpa peduli bergelimpangan
pengorbanan dipersekitaran
kerana kesulitan adalah
alasan-alasan persekitaran
menjelma menjadi batu penghadang
namun pasti batu-batu itu
aku jadikan batu loncatan visi ku
Ku buru puncak impian
rupanya sukar ditawan
dalam keselesaan
demikian hukum perubahan
setelah hijrah kembali ku mulakan.
1 Zulhijah 1428
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment