Wednesday, September 3, 2008

MAS KAHWIN CINTA

Pertunangan telah disempurnakan
hati mu cicin hati ku jari
bicara bercantuman
sekata sehati

Perkahwinan akan dilangsungkan
berwali kesyahduan
cinta suci
jantung mu pelamin
jantung ku mempelai

Bersaksikan kesetiaan
berjalan di lorong
kasih sayang

Kita akan diijabkabulkan
maskahwin adalah
segunung kerelaan


...hanya tinggal nostalgia sahaja ...

No comments: