hadis dan kalam
kata mu dalamnya tamam
jangan katakan nya tiada bermaqam
kalam tanda hadir bukti cinta kasih
dari persada saksama
usah diiktikad bagaikan makhluk
moga menyelinap engkau dalam sunyata
lebih sempurna
zat nya itu tiada berkiri kanan
zuhurnya daim tiada berkesudahan
tiada berpihak belakang dan hadapan
di manakah dapat manzil kau wujudkan
kerana engkau bersifat hayat
terlalu suci andai engkau tahu akan hakikat sifat
manakan dapat olehmu makrifat zat
usah kau alih tulus tujuan
agar hadir adamu dengan tuhan
kelana akira
14 jamadilakhir 1426
No comments:
Post a Comment