Wednesday, September 3, 2008
MASA
MASA
Demi masa, manusia dalam keadaan merugi, dalam keadaan gagal, dalam keadaan putus asa, kecuali orang yang beriman, orang yang percaya, orang yang yakin terhadap Tuhan Yang Maha Esa.
Aku Percaya,
Setiap rintangan, setiap tentangan, setiap cabaran yang datang dari sesiapapun ada kehendak Allah Yang Maha Kuasa.
Aku Yakin dan Aku Percaya,
Allah tidak akan memikul Beban ke atas bahu setiap Insan ciptaan-Nya di luar batasan.
Andaikata TUGAS dan TANGGUNG JAWAB aku hari ini diberikan pada ku, aku yakin Allah memberi ukuran untuk aku, bahawa aku MAMPU Berjaya dalam TUGAS ku ini.
Cuba soal diri kita sendiri apakah kita mencintai HIDUP; kalau begitu jangan mensia-siakan WAKTU, sebab HIDUP diperbuat dari WAKTU. Kegiatan membuang waktu sama seperti Barah (cancer). Ia menghabiskan tenaga dan cenderung tumbuh semakin membesar bengkaknya sehayat hidup kita.
Pengurusan MASA bererti Pengurusan Tingkah Laku, ia menentukan GANJARAN yang bakal kita terima. Jadi jangan biarkan EMOSI mencuri MASA kita kerana masa tidak akan kembali. Kita perlu Ingat KOMITMEN kita, kerana Komitmen kita adalah TALI PENGIKAT DIRI kepada usaha diri sendiri untuk mencapai HASRAT yang dicari untuk DIMILIKI. Jadi jangan buang masa. Membuang MASA bererti membazir USIA dan kerana MASA juga adalah NYAWA.
Dan, Demi Kejayaan maka rebutlah 5 MASA iaitu; Muda sebelum Tua, Sihat sebelum sakit, Kaya sebelum Fakir, Lapang sebelum Sebok dan Hidup sebelum Mati.
Apakah maknanya nikmat hidup ini kerana makna nikmat hidup sebenarnya adalah apabila kita menerima setiap minit sebagai ANUGERAH yang tidak dapat diulangi kerana tidak ada dua hari yang sama. Maka, jadilah orang BERNILAI bukan sekadar menjadi orang yang BERJAYA. dan, harga bagi sebuah KEMASYHURAN adalah Tanggung Jawab (sendiri tanggung sendiri jawab)
Kehidupan kita pada MASA hari ini adalah HASIL menentang arus hidup pada MASA lalu. Setiap fajar yang baru adalah Kelahiran Baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun pagi hari, bangunlah dengan harapan terhadap hal-hal yang baik yang akan datang kepada kita hari ini.
Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin. Esok belum pasti akan datang. sekaranglah satu-satunya waktu yang boleh diterima. Manfaatkan hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan-akan hari ini hari terakhir bagi diri kita. Buatlah setiap hari yang bermakna dan hari yang bermanfaat. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selama-lamanya. Kejayaan kita di masa akan datang sangat bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini.
Jika kita berbuat yang terbaik pada setiap hari ini. yang kita miliki, maka setiap hari esok kita akan mengurus diri sendiri. Marilah kita mencipta hari ini menjadi lebih baik dari Kelmarin. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah lebih bererti bagi kita.
Kita akan hanya boleh menjejak kaki ke benua lain jika kita sanggup belayar untuk satu tempoh yang TIDAK SELESA. Masa yang lama itu juga mungkin satu tempoh yang begitu sukar. Masa perjalanannya lama, ribut kencang dan malamnya begitu gelap. tetapi bila sinar mentari terbit pada pagi hari dan burung-burung berkicau riang, barulah kita sedar dan kita berkata “sungguh tak ku sangka, rupa-rupanya aku sudahpun tiba ke destinasi ini...” Ruang terbesar di dunia ini adalah Ruang Masa yang di sisi dengan Kemajuan diri dan jiwa mencerahkan waktu-waktu luang.
1. Ambillah WAKTU untuk BERFIKIR. Itu adalah sumber KEKUATAN.
2. Ambillah WAKTU untuk BERMAIN. Itu adalah rahsia dari Masa MUDA
3. Ambillah WAKTU untuk BERDOA. Itu adalah sumber KETENTANANGAN.
4. Ambillah WAKTU untuk BELAJAR. Itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.
5 Ambillah WAKTU untuk MENCINTAI dan DICINTAI. Ityu adalah HAK istimewa
yang Tuhan berikan
6. Ambillah WAKTU untuk BERSAHABAT. Itu adalah JALAN menuju KEBAHAGIAAN.
7. Ambillah WAKTU untuk TERTAWA. itu adalah MUZIK yang menggetar HATI.
8. Ambillah WAKTU untuk MEMBERI. Itu adal membuat kita HIDUP.
9. Ambillah WAKTU untuk BEKERJA. Itu adalah Nilai KEBERHASILAN.
10. Ambillah WAKTU untuk BERAMAL. Itu adalah KUNCI menuju ke SYURGA.
Sekarang, bolehlah kita memfokuskan perhatian kita terhadap sesuatu “PERTARUNGAN” yang memberi MAKNA yang besar terhadap hidup kita. Kini kita boleh katakan ; aku tidak lagi memerlukan “PERTARUNGAN” yang tidak hanya akan merugikan MASA dan TENAGA aku. Aku mesti tinggalkan cabaran-cabaran yang tidak memberi manfaat kepada diri aku.
SEKARANG kita Mulakan waktu kita melangkah dengan baik dan sempurna di jalan kejayaan walaupun sedikit tetapi harus waspada sentiasa kerana Melencong seinci Seribu batu rugi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment