Wednesday, September 3, 2008

LURUSLAH AKU LURUS

selurus tujuh anggota tubuh
lurus di ujung rambut ke hujung kaki
lurus mula dari mata dan telinga
lurus selurus lurus
pandang dan lurus dengar
lurus ia kerana lurus
kata-kata
lurus selurus lurus
lurus lidah lurus naluri
lurus hati datang
dari iman
lurus iman luruslah tindakan

Tutupkan hijab nista
pandang dan dengar
tutup hidu dan kata dusta
buat sebulan di medan ramadhan
cuma memperlihat sebelas bulan
berbeza diantaranya

kerana juara ku di antara juara
di penghujung medan
al mubaraq ini

moga mujurlurus ku
melintas siratalmustakim
bersama syafaat akhirat
dari doa dunia yang berkat
dari ibu ayah, keluarga dan sahabat.

14 ramadhan 1426h
petra jaya, kuching

No comments: