Wednesday, September 3, 2008

MEDITASI

ETHICAL BARRIER
Ethical Barrier berfungsi melindungi individu dengan cara menolak semua cadangan yang bertentangan dengan perkara yang benar dan salah, menurut individu itu.

Contohnya Ali bercerita kepada rakannya zul, tentang cara mudah untuk menghasilkan wang, melalui penggunaan kaedah magnetism menggunakan kuasa minda. Walaupun Zul percaya bahawa kaedah itu adalah benar dan terbukti, Tetapi Zul masih lagi menolak kebenaran cerita daripada Ali. Ini kerana Zul percaya Cari duit perlukan usaha yang keras dan tiada jalan yang singkat.Mengapa Zul menolak cadangan Ali tersebut. Ini kerana beliau telah melalui pengalaman yang agak sukar untuk mendapatkan wang. Jadi akibat pengalaman tersebut sudah lama tertanam di minda separa sedar Zul, beliau tidak meyakini, Setiapa cadangan Ali walaupun telah terbukti cara dan kaedah Ali memang berkesan.

Jadi satu perkara yang perlu anda tahu, sekiranya anda ingin melakukan perubahan kepada diri anda, anda perlu tahu dan faham cara ketiga-tiga anti suggestive yang berada di minda sedar kita bekerja dan harus bekerjasama sesuai dengan prinsip ketiga-tiga barrier tersebut. Ianya penting supaya setiap cadangan yang diberikan tidak ditolak oleh ketiga-tiga anti suggestive barrier ini, dan dapat masuk ke minda separa sedar kita dengan selamatnya.

Jadi apabila anda cuba ingin berubah , tetapi masih tidak boleh berubah . Ini adalah disebabkan anda tidak tahu bagaimana untuk bekerja dan menangani ketiga-tiga filter tersebut. Bagaimana untuk menanganinya? Tunggu!!

ANTI SUGGISTIVE BARRIER
Ketika kita masih lagi berada di alam kandungan sehingga umur 3 tahun, Fikiran kita hanya berfungsi dan beroperasi di minda separa sedar. Ketika ini, kita masih lagi belum berupaya untuk menggunakan fikiran sedar. Ini kerana fikiran sedar hanya terbentuk apabila seseorang individu itu berumur 3 tahun dan ianya akan berkembang selari dengan penambahan usia. Pada usia 11 tahun, minda sedar benar-benar berfungsi dan mempunyai filter yang sangat aktif dan efektif menyaring pelbagai informasi yang diterima oleh minda.

Selama 25 tahun Dr. Goergi Lozanov, iaitu seorang educator dan psikologist berbangsa Bulgaria dan juga seorang pakar accelerated teknik, telah membuat kajian mengenai minda manusia, dan beliau mendapati bahawa minda manusia mempunyai 3 filter .

Sekiranya kita faham dan tahu bagaimana ketiga-tiga filter tersebut berfungsi, maka kita akan dapat mengakses dan memasukkan pelbagai saranan atau program secara langsung ke Minda Separa Sedar tanpa bantahan atau penolakan.

Ketiga-tiga filter ini lebih dikenali sebagai anti suggestive barrier. Sebagai anti suggestive barrier, ianya berfungsi sebgai penghalang kepada saranan. Tanpa filter ini, maka kita akan terlalu mudah terpengaruh dan berubah . Filter ini berfungsi sebagai pelindung diri kita daripada pelbagai input yang mungkin akan mengakibatkan pencemaran minda. Dengan kata lain, anti suggestive barrier berfungsi untuk menolak input yang masuk ke minda separa sedar.

Ketiga-tiga anti suggestive barrier ini dikenali sebagai logical barrier, intuitive (affective) barrier dan ethical barrier. Bersambung untuk penjelasan ketiga-tiga anti suggestive barrier.

MEDITASI ATAU TAFAKUR
Menurut penulis buku “Meditation: New Perspective” David Fontana, Meditasi ialah satu amalan sihat dan pengamal mampu melihat dengan jelas apa yang berlaku di dalam diri dan minda, dan ianya juga membantu pengamal melihat keadaan yang berlaku pada dunia luar.

Meditasi ialah memfokuskan fikiran pada satu titik bagi membina kekuatan minda dan fizikal. Meditasi kebiasaan digunakan untuk:

Mencari ketenangan
Membantu minda menumpu perhatian
Menjadikan seseorang lebih peka pada dunia luar
Menerap nilai kemanusiaan
Mengenal diri
Antara kebaikan bermeditasi ialah:

Mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran
Menajamkan daya ingatan
Meningkatkan daya ingatan
Meningkatkan tahap kesihatan
Mengawal emosi di dalam keadaan yang tertekan

Guru terbaik bagi mempelajari meditasi adalah pengalaman peribadi iaitu setelah kita mempraktikkan atau mengamalkan meditasi dalam hidup kita. Tidak ada guru atau buku-buku yang dapat mengajarkan secara pasti bagaimana seharusnya kita melakukan meditasi, kecuali melakukannya sendiri.

FOKUS DALAM MEDITASI
Teringat saya pada waktu kanak-kanak dahulu,Saya selalu bermain dengan kanta pembesar kepunyaan pakcik saya. Pada ketika itu, ianya bagai satu keajaiban apabila saya dapat membakar kertas dengan hanya meletakkan kanta tersebut di bawah cahaya matahari tanpa perlu menggunakan mancis. Namun begitu, apabila memiliki sedikit ilmu, barulah saya ketahui semua itu disebabkan oeh panas cahaya matahari berkumpul pada titik fokus kanta tersebut, apabila kanta dijauhkan dari kertas tersebut ianya tidak mampu menyalakan api kerana tiada titik fokus yang utama.

Begitu juga dengan kita sebagai manusia, apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan lebih fokus, tekun dan memberi tumpuan yang sebaiknya ia akan dapat memberikan hasil yang baik kepada kita. Fokus memberi banyak kebaikkan kepada kita. Apabila kita Fokus dalam melakukan sesuatu kerja, hasil kerja kita akan menjadi lebih berkualiti.Selain itu dengan fokus juga dapat menolong kita meningkatkan kualiti diri, serta dapat menjayakan sesuatu pekerjaan dengan mudah.

Ketika melakukan meditasi, Kuasa fokus adalah penting, tanpa fokus anda hanya melakukan meditasi yang sia-sia. Dengan memiliki daya konsentrasi yang tinggi, ianya akan memberikan anda kawalan pemikiran yang baik, minda yang tenang,serta daya keyakinan yang tinggi.

Kekuatan daya ingatan anda juga bergantung kepada keupayaan fokus atau tumpuan yang anda berikan kepada sesuatu perkara atau objek tertentu. Jika daya tumpuan ini lemah, maka lemahlah daya ingatan dan daya tanggapan secara keseluruhannya. Anda semua sedia maklum, sekiranya anda memberikan sepenuh konsentrasi terhadap sesuatu perkara, maka anda akan dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan lebih baik dan teratur. Ini kerana seluruh tenaga minda ditumpukan terhadap perkara yang dihadapi dan ini dapat menentukan daya ingatan seseorang kerana makin tinggi daya konsentrasi yang diberikan, makin tinggi pula daya ingatan anda mengenai perkara itu. oleh itu, untuk mendapat sesuatu hasil yang baik dalam pekerjaan anda, fokus memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakannya.

No comments: