Wednesday, September 3, 2008

NASIB


NASIB
DI dunia ini hanya terdapat dua nasib, iaitu KEMISKINAN dan KEKAYAAN yang sedia ada menunggu dua jenis manusia, manakala dua jenis PEMIKIRAN yang berbeza akan melahirkan dua jenis MANUSIA yang lain NASIBNYA.

Dan kerana itu, manusia melakukan sesuatu di dunia inipun kerana dua perkara iaitu: Untuk mendapat KEBAHAGIAAN dan untuk mengelak KESENGSARAAN HIDUP. Maka sebab itu kita harus tidak takut berdosa jika kita berani mencuba dan mencapai kegagalan tetapi seharusnya kita lebih takut berdosa jika kita tidak berani mencuba. Kita todak akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan. Namun kita akan lebih menyesal atas apa yang belum sempat kita lakukan.

saya perhatikan ramai orang BERJAYA disebabkan mereka dapat mengubah hidup mereka dengan mengubah SIKAP dan MENTAL mereka. kalau nak berjaya kita harus bersedia menyambut KESEMPATAN yang menjelma kerana dunia ini tiada JAMINAN melainkan SATU PELUANG.

Oleh itu jika kita berlembut dengan diri sendiri, maka kehidupan akan melayan kita dengan KEJAM. Jika kita melayan diri kita dengan TEGAS, maka kehidupan akan melayan kiata dengan lembut. maka sebab itulah kita kena AMBIL BERAT tentang diri sendiri agar kehidupan kita menjadi RINGAN, Kalau kita AMBIL RINGAN tentang diri kita, maka kehidupan kita menjadi BERAT.

Lantas, bagi orang yang benar-benar BERKEMAHUAN tidak ada sesuatupun yang MUSTAHIL. Lihatlah ke dalam didi kita sendiri. Apabila kita menoleh kebelakang kita dapat melihat bahawa, TENAGA dan USAHA kita selama ini hanya dihabiskan untuk mengisi IMPIAN ORANG LAIN. Mengapa kadang-kadang kita merelakan KEPENTINGAN orang lain lebih ke DEPAN daripadaKEPENTINGAN diri kita sendiri.

Berhati-hatilah dengan fikiran kita, fikiran kita boleh menjadi BAHASA, Bahasa boleh menjadi TABIAT, Tabiat boleh bertukar menadi KARAKTER (watak/perwatakan) kita dan KARAKTER kita boleh berubah menjadi NASIB KITA

Apabila PERSEDIAAN bertemu PELUANG itulah dinamakan NASIB Yang Baik. Keputusan yang baik akan membawa NASIB Yang Baik. Bila kita bekerja dengan tekun dan bijak NASIB Kita akan bertamabah baik. TABIAT yang baik lebih baik daripada BERNASIB baik. Kalau kita BERANI pun akan BERNASIB baik. Jika kita mahu BERNASIB BAIK maka kita MESTI merebut PELUANG Yang baik. Dan, PERCAYA pada setiap orangpun boleh melkaksanakan dengan TERBAIK. kalau kita mahu, kita bersedia dan kita berhasrat, NASIB kita pasti NASIB TERBAIK.

No comments: