Wednesday, September 3, 2008

SEBULAN TRIPESTA

Ramadan sudah berakhir, apa kahabar kualiti puasa?
Puasa makan atau puasa pembaziran
Kenapa kita dibelit dengan peluang perniagaan
Yang cuma setahun sekali
Adakah layak di sebut perniagaan atau berjualan?
Pesta Makan Malaysia raya
Hampir setiap masjid juadah berbuka buat musafir
apakah tidak bagaikan mencurah garam di laut?
Di medan Bazaar Ramdan
puasa Malaysia raya
digitari Pesta makan atau pembaziran
Sedangkan di Mekah mengejar ibadah.
Pesta Membeli Belah
Transit antara pesta makan dan hari raya
hilang pertimbangan antara keperluan dan kemahuan
sayembara baju raya, cat rumah kuih lapis
dipenghujung Ramadhan sehingga
seusai lebaran mendongak langit
Pasti ada yang menangis.
Pesta kematian
Berduyun-duyun di jalanraya
Branding OPS Sikap saban tahun sebelum lebaran
tak sabar-sabar nak pulang sekadar
nak menayang kereta sarkis
gelandangan jerayawara lebaran
menyusun nesan di jalan.
Apa khabar warga agama ku
Di Kemboja , di Afghanistan dan di Pelestine
Berselerakah kalian dengan motar dan tembakan
Di sepanjang bulan Ramadan ?
Malaysia raya
Layakkah kita merai kemenangan diSyawal ini?

Kelana Akira
Taman Puteri, Petra jaya. Kuching
10 Syawal 1427H

No comments: