Tuesday, February 16, 2010

MANTERA TAWAF

Hey! Tujuh lautan akal tujuh lautan fikir
Sekarang, bangkitlah bangkit
dua belas urat-uratmu, dua belas siang dua belas malam dua belas bulan
Qiam!Berdirilah berdiri tegak menjejak bumi yang kau pijak
Maka pijaklah pijak dengan tujuh bealas sendimu
Tanda tujuh belas rakaat wajib menyempurna lima waktu
bangunlah bangun tiga ratus enam puluh ruas tulang
saat dhuha engkau harus sedekahkan kerana-Nya
berdiri diam di atas bentala tak terasa
mampu menopang dan menahanmu
meski bumi berotasi selaju peluru

Hey! Dua belas urat tujuh belas sendi
Tiga ratus enam puluh tulang
Sedarkah engkau terpaksa akur terhadap sebuah kekuatan
Untuk tunduk tersungkur dan bertawaf pada-Nya
Kerana otakmu mulai sujud seawall engkau menjenguk dunia
Sujudlah engkau di sepertiga malam.
Sehingga tempoh hayatmu tamat

Hey!i Dua belas urat tujuh belas sendi
Tiga ratus enam puluh tulang
Sedarkah engkau akan kekuatan Maha Digdaya
Sirna dayamu untuk menahannya
Saksikan tawafmu bersama Galaksi, nibula, sistem solar,
atom dan dna mu
Kerana tawaf mu di luar sedar belum sempurna
Engkau sekadar akur menurut alur tawaf
Dan bukan menikmatinya

Lihatlah lihat mohon suara hatimu membaca
Bintang-bintang bersujud kepada Al-Hadii
Meneladani sifat-sifat Maha Petunjuk
Rembulan bercahaya lembut bertasbih kepada Al-Latif
Berguru pada kelembutan terhadap Maha Pemilik Kelembutan
Bumi kukuh bertangguh menopang menahan
Gedung dan gunung dipermukaannya
Bertaqarrub pada sifat Maha Penahan milik Al-Qaabid
bukan matamu yang buta tetapi hati tidak bersaksi
kerana lima belas billion tahun yang lalu
Seluruh alam Tuhan dan alam insan
Sudah mulai tawaf saling menggitari sesama sekian lama


Maka., sempurnakanlah tawaf mu
Wahai dua belas urat tujuh belas sendi
Tiga ratus enam puluh tulang
Bergegaslah untuk berkehendak dan berniat
Berdiri tegak, rukuk dan sujudlah
Maka solatmu bersama bumi, galaksi, nibula, sistem solar, atom
dan dnamu senada seirama beroriatasi keliling
tiga ratus enam puluh darjah bersamamu.
Bersujudlah
Allahhu Akbar!

Kelana akira
22 Januari 2010