Thursday, May 26, 2011

PATRAP SOLAT KHUSYUK




Assalammualaikum...


Anak-anakku sekelian. Marilah sama-sama kita renungkan artikel Saudara Fuad Latif ini agar ia menjadi satu suntikan kepada kita dalam melaksanakan ibadat solat kita. Semuga ianya dapat meningkatkan lagi hubungan kita dengan Allah terutama semasa kita solat.Saudara,Ketika saya menjelaskan tentang hal khusyuk pada tahun lepas (29 Julai 2009 - Baca Artikel di sini) bahawa kita mesti khusyuk dahulu pada Allah SWT barulah mudah untuk sabar dan solat, ada yang tidak setuju.


Mereka berkata bahawa kita perlu solat dan barulah capai khusyuk dan sentiasa sedar di dalam solat.Kefahaman yang silap ini membuatkan ramai yang mencari khusyuk itu di dalam solat sehingga merekacipta pelbagai kaedah untuk mencapai khusyuk sedangkan makna khusyuk itu jelas dan sangat jelas di dalam firman Allah SWT:


"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" (QS: Al Baqarah 2: 45)


Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu hampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa-apa yang kamu cakapkan.”
(QS: An-Nisa’: 43)


Jelas makna khusyuk adalah mereka yang YAKIN BERTEMU dengan Allah dan kembali kepadaNya. Kemudian dilarang solat jika mabuk kerana orang mabuk tidak sedarkan Allah dan pasti tidak bertemu dengan Allah SWT pada awalnya lalu pasti sia-sia solatnya.Contoh mudah: Saya harus berjumpa dengan rakan saya dahulu sebelum saya berkata-kata dengannya. Sama dengan Allah SWT, saya perlu bertemu dengan Allah SWT atau sedar ke Allah SWT dahulu, barulah memuja dan memuji Allah SWT. Sederhanakan?


Kita seharusnya merasa dengan sebenar-benar rasa dengan sedar penuh yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT. Kita sentiasa bertemu dengan Allah SWT kerana Allah SWT sentiasa ada sangat dekat dengan kita.Cuba diam sejenak dan rasakan pertemuan dengan Allah SWT. Untuk bertemu dengan Allah SWT harus kenal Allah SWT. Untuk kenal, sila baca artikel ini dahulu. (Sedar Akan Allah). Rasakan sendiri. Setelah rasa barulah saudara faham dan ia tidak mampu diceritakan dengan bahasa dan tulisan.Jika sedar ke Allah SWT ini terus dijaga dan dilatih untuk meningkatkan rasa di mana rasa ini sebenarnya iman kita, maka apakah ada masalah di dalam hidup kita ini untuk SABAR DAN SOLAT?Jiwa Positif Hidup berTuhan sebenarnya membawa saudara semua untuk sedar sentiasa di dalam setiap aktiviti harian. Saudara boleh berkomunikasi dengan Allah SWT kerana fikiran kita ini tidak boleh dikosongkan. Fitrah atau Sunnatullah itu menjadikan otak ini kerjanya berfikir.


Mana mungkin mengosongkan. Hanya orang mati yang tidak berfikir. Lalu apa yang disarankan di dalam komunikasi agar kita ceritakan apa yang kita lakukan, fikirkan dan sebagainya kepada Allah agar kita fokus hanya kepada Allah SWT. Jika kita tidak menceritakan pun, kita tetap berfikir dan cakap sorang-sorang (mind chat).


Kemudian diajarkan DIAM DAN SEDAR kepada Allah SWT untuk meningkat lagi kesedaran kita. Diam merupakan puncak peribadatan. Di dalam diam dan sedar ini pun, kita tidak mampu mengosongkan fikiran kita. Cuma boleh meminimumkan fikiran kita sahaja. Apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT dan kesedaran kita kepada Allah SWT diperkuat setiap hari dengan hanya diam dan sedar ke Allah SWT, makanya kesedaran kita sangat kuat dan kita setiap saat ingat dan sedar akan Allah SWT di dalam setiap apa yang kita lakukan.Walaupun ada yang tidak setuju dengan komunikasi dengan Allah SWT ini, namun jika dilakukan pasti akan terasa hidup ini sentiasa sedar kepada Allah SWT di dalam setiap pekerjaan kita.


Komunikasi dengan Allah SWT adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan untuk sesiapa sahaja. Dari sini akan lahir rasa sedar ke Allah. Komunikasi bertujuan menjaga kesedaran yang kita bina di dalam latihan sedar (patrap) kepada Allah SWT. Ketika bekerja, kita akan banyak berfikir. Komunikasi dengan Allah SWT mampu menghalang kesedaran kita mengikut fikiran kita semata-mata hingga hilang kesedaran kepada Allah SWT. Walaupun dikatakan sedar automatik, kesedaran ini mampu hilang disebabkan otak kita berfikir pelbagai hal. Ia dikuatkan sentiasa dengan komunikasi dengan Allah SWT apa yang difikirkan. Kemudian dikuatkan lagi dengan diam dan sedar ke Allah.


Mereka yang melakukan patrap juga akan berkomunikasi dengan Allah SWT di dalam hidup seharian mereka yang mereka kenali sebagai sedar secara automatik. Ketika sedar, mana mungkin kita hanya diam sahaja. Pasti akan berkata-kata dengan Allah SWT.Saya menceritakan cara komunikasi ini agar mudah diterima oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang lupa Allah SWT yang sentiasa melakukan maksiat dan sebagainya agar mereka sedar kepada Allah SWT.


Dengan sedar kepada Allah SWT, pasti Allah SWT akan mengilhamkan taqwa kepada mereka kerana untuk mendapatkan ilham yang baik, hanya perlu sedar kepada Allah SWT. Nanti pasti akan dituntun oleh Allah SWT.Mana mungkin orang yang hidupnya sentiasa lupakan Allah, kita hadapinya dan terus mengajaknya untuk terus sedar penuh kepada Allah SWT. Pasti penolakan yang besar akan kita terima daripada mereka. Lalu komunikasi dengan Allah SWT diperkenalkan agar mudah diterima untuk permulaan sedar pada Allah SWT.


Ketika sedar dengan Allah SWT (khusyuk), maka tidaklah menjadi masalah untuk kita sabar dan menunaikan solat. Ketika ditimpa musibah atau masalah, kita tidak celaru, sempit jiwa dan sebagainya kerana kita sentiasa khusyuk atau sedar penuh kepada Allah SWT.Khusyuk itu yakin bertemu dengan Allah SWT di mana kita sedar penuh dan sentiasa berasa Allah SWT itu sentiasa dekat dengan kita. Jika kita sudah yakin kerana sentiasa rasa sedar penuh kepada Allah SWT, maka sabar dan solat itu adalah ringan sahaja.


Ketika solat, kita tidak lagi menjadi masalah untuk rasa khusyuk kerana kita sememangnya sentiasa rasa sedar kepada Allah...sentiasa rasa bertemu atau berjumpa dengan Allah SWT. Lalu kita mendirikan solat sebagai gerakan dan bacaan MENUHANKAN Allah SWT. Solat itu pertemuan dan sambung kepada Allah SWT. Solat itu pertemuan official atau rasmi di mana kita tidak melakukan kerja selain gerakan solat dan memuja dan memuji Allah SWT.Berbeza dengan ibadah yang lain kerana ibadah lain kita sedar ke Allah ketika melakukan kerja lain. Ketika bekerja menyiapkan laporan sebagai contoh, kita sedar kepada Allah SWT. Ketika kita belajar, berjalan, makan, beraktiviti dan sebagainya tetap kita sedar ke Allah SWT.


Ketika ini mana mungkin kita diam atau fikiran menjadi kosong. Sebab itu saya sarankan 2 perkara iaitu latih kesedaran dengan Diam dan Sedar akan Allah SWT. Latih dan kukuhkan kesedaran kepada Allah SWT. Sedar ke Allah adalah pertemuan dengan Allah SWT dan bertemulah dengan Allah SWT setiap saat. Latihlah dengan cara begini:


1. fahami dahulu (Sedar Akan Allah).

2. Sedar ke Allah yang Maha Meliputi.


3. Terus sedar....kukuhkan kesedaran....Lakukannya selalu.


Kemudian melakukan komunikasi dengan Allah SWT untuk menghalakan fikiran kita terhadap pekerjaan kita kepada Allah SWT. Bertujuan agar sedar yang dikatakan automatik itu sentiasa dijaga dan tidak dipengaruhi oleh fikiran pekerjaan kita yang mampu membawa sedar kita kepada Allah SWT itu kepada fikiran kita.


Apabila kita khusyuk sentiasa iaitu yakin bertemu dengan Allah, yakin Allah SWT dekat dan meliputi kita dan segala sesuatu, maka ketika kita solat, berdoa, bertasbih, bertahmid, bertakbir, berselawat dan sebagainya, pasti yang ke Allah SWT itu adalah diri kita. Bukan jasad kita. Kerana kita yang sedar yang ke Allah SWT.Semoga artikel ini menguatkan artikel-artikel yang pernah saya tulis sejak hampir 2 tahun yang lalu.

Semoga Allah SWT diberikan kefahaman rasa dan kita sentiasa SEDAR kepada Allah swt.Semoga ianya menjadi bahan untuk kita lebih lagi dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt. amIn....

Wednesday, May 25, 2011

SOLAT KHUSYUK









SOLAT PERTEMUAN DENGAN ALLAH
Setiap Hari SOLAT 5 waktu sehari semalam dan berkesempatan pula melakukan Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Tahajjud tetapi, ada satu masalah bagi kita bahawa ‘Kesedaran Solat’ itu sebenarnya adalah perjumpaan dengan Allah SWT.
Tidak ada satupun masalah jika bukan diizinkan oleh Allah. Allah yang mencipta manusia, Allah yang mengamati manusia. Apabila Rasulullah SAW, sewaktu berhadapan dengan masalah baginda akan melakukan solat sunat dua rakaat untuk berserah diri kepada Allah. “Apabila salah satu diantara kalian mempunyai urusan (persoalan) maka solatlah dua rakaat di luar solat fardhu (solat sunnah).” (HR Bukhari dan lainnya dalam kitab Mukhtaruh Sahih wal Hasan ( hal 124)

Kita tidak dapat MELIHAT Allah tetapi kita dapat DILIHAT oleh Allah. Di kisahkan suatu hari , ada seorang lelaki yang buta ingin datang menemui Perdana Menteri atau PM di Putra Jaya. Perjalanannya ke Putra Jaya cuma tidak berbekalkan yang lain selain daripada KEYAKINAN di dalam dirinya sahaja ingin bertemu dengan PM. Setelah sampai di situ, pertama ditanya oleh lelaki buta itu adalah pegawai-pegawai Jabatan Perdana Menteri di situ, “adakah ini Jabatan Perdana Menteri di Putra Jaya?” dan pegawai itu menjawab “Ya ini Putra Jaya dan saudara berada di dalam pejabat Perdana Menteri Malaysia sekarang ini”. Orang buta tersebut tersenyum penuh yakin dan gembira. Persoalannya ialah ketika berhadapan menghadap PM, orang buta tersebut sememang tidak dapat melihat PM tetapi PM dapat melihat beliau. Orang buta itu pula kelihatan seolah-olah “NAMPAK” Perdana Menteri Malaysia yang sedang berhadap –hadapan berdiri di hadapannya.


Maksudnya ialah, HATI kita harus hadir merasakan, menikmati setiap gerak dari takbir hingga salam dalam tatapan Allah, perhatian Allah dan pendengaran Allah.
"Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud (QS. Asy-Syu'ara: 218-219)

Begitulah juga dengan diri kita yang harus ada ‘rasanya’ iaitu harus mempunyai ‘rasa pertemuan’ dengan Allah meskipun kita tidak mampu melihat Allah. Inilah yang paling penting iaitu ‘Kesedaran Rasa’ bahawa khusyuk itu terjadi. Pertama, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Melihat apa yang dibisikkan oleh hati kita. Kedua apabila berbicara berhadapan dengan seseorang bererti ada altiviti dialog dan orang tersebut mendengar . Demikian juga saat kita melakukan solat bahawa Allah mendengar. Kenapa dikatakan Allah mendengar kerana Allah pernah berkata bahawa Aku dekat denga urat leher mu kata Allah. Apabila kita berdialog, Allah mendengar walaupun sekadar bisikan halus di hati kita.


Ada seekor ibu kuching yang baru sahaja melahirkan anaknya dan ketika itu bapa kuching tidak ada di tempat tersebut. Anak kuching yang baru sahaja lahir, cuba mencari-cari di mana puting susu ibunya. Setelah bertemu dengan puting ibunya, anak kuching itu tidak meniup puting susu ibunya, malah dihisapnya sahaja. Jadi sekarang, siapakah yang mengajar anak kuching menghisap puting susu ibunya.? Siapa yang mengajarnya? Inilah yang di namakan adanya kesambungan, ada satu kefahaman tetapi faham apa? Faham tentang tidak ada tulisan, tidak berhuruf tetapi ‘mengerti’.


Kita yakin Allah itu ada, kita yakin Allah sedang mengamati saya, kita yakin Allah mendengar saya maka, kerana yakin itulah yang membuat kita khusyuk jika engkau betul-betul berbicara kepada Allah. Sehingga engkau panggil Allah, Takbir “Allahu Akbar!” aku terasa bergetar dihati. Allah dapat dihubungi melalui rasa sambung kepada Allah, itulah kekhusyukkan terjadi. Khusyuk tidak akan terjadi ketika solat tetapi watak diri atau karakter “ Saya orang khusyuk maka orang khusyuk ini sabar dan solat itu mudah”.


Ketika kita orang ‘dipaksa’ oleh Allah, kadang-kadang kita harus “dipaksa” sebagaimana Siti Hajar dipaksa oleh Allah di padang pasir yang tidak ada sesiapapun di situ yang akhirnya beliau kembali kepada Allah. Rasa ketakutan, rasa kelaparan, rasa keamanan bahawa Allah yang menjamin sebenarnya. Manusia harus dilakukan sedemikian agar ada ‘connect’ dia dengan Allah. Mengapa harus menunggu tua, mengapa harus menunggu sakit, mengapa harus menunggu miskin sehingga untuk seperti itu. Hari ini ada masalah atau tidak ada masalahpun kita harus kembali kepada Allah. Ramai orang tidak tahu bahawa penyelesaian segala masalah sebenarnya adalah sewaktu melepaskan dirinya atau jiwanya kepada Allah. Badan tinggal di bumi dan jiwa naik ke atas bertemu dengan Allah.


Orang Barat yang sekular tidak mempercayai agama tidak mempercayai Tuhan. Segala puncak stress mereka harus diselesaikan dengan dadah, di mana tujuannya atau sasarannya adalah untuk melepaskan fikirannya yang kusut. Itulah kemahuannya yang sebenar. Solat tidak perlu dadah ‘penenang jiwa’ tetapi yang diperlukan adalah ‘kesambungan jiwa’, melepaskan jiwa kita kepada Allah. Maknanya, keyakinan ini Allah benar-benar dapat dihubungi di mana Allah berkata “Fazkurni azkurkum” Ingatkan Aku dan Aku ingat. Justeru, ketika ini terus kita tanam ke dalam diri kita sedalam-dalamnya bahawa Allah itu mendengar dan Allah akan merespon. Jadi, bagaimana Allah merespon ketika nama Allah saya panggil? Jika engkau memanggil nama Allah dengan JIWA maka, Allah berkata “Jika engkau memanggil aku dengan jiwamu dan bukannya dengan lisannmu…” Bagaimana orang menggunakan jiwanya, jika engkau tenggelam di lautan disaat engkau tenggelam belum mati maka, pada detik itu jiwa engkau berteriak “ YA ALLAH…!” engkau berserah total dan ketika nyawamu dicabut malaikat maut jiwamu pasti berserah total “YA ALLAH…!”.


Inilah yang tidak pernah kita selesaikan bahawa Allah menuntun dan membimbing jiwa kita, satu kata sederhana sekali “Allah mendengar saya, Allah mengamati gerak-geri saya” Dialah orang yang benar-benar yakin bahawa, ketika berdiri dia berjumpa dengan Allah. Oleh itu dia begitu yakin dia menggerakkan seraya mengangkat ke dua belah tangannya lantas “ALLAHU AKBAR!” Dia betul-betul menjaga ‘kesambungan’ itu. Kita tidak diajak untuk menciptakan rasa khusyu' tetapi kita akan memasuki dan menerima rasa khusyu' tersebut. Kita hanya mendapatkan, bukan menciptakan rasa khusyu'! Sebagaimana kita pernah mengalami rasa kasmaran terhadap seorang kekasih, kita tidak pernah menciptakan rasa cinta, tetapi kita hanya menerima keadaan cinta.


Kalau orang menggunakan fikiran sudah pasti terpesong fokusnya ke arah lain tetapi jika dengan menggunakan jiwanya maka pasti ianya tidak akan melayang ke mana-mana. Kenapa? Allah akan menyambut jiwa orang yang menggunakan jiwanya. Lalu berlaku pada detik itu ‘Rasa Kesambungan’ Allah dengan hamba-Nya justeru getaran-getaran tersebut terasa. Jika engkau terbuka hatinya ,terbuka hidayahnya dan apabila menyebut Yang Maha Rahman pasti bergetar hatimu, pasti lututmu jatuh tersungkur lalu engkau sujud menangis.


Manusia yang hidup pasti menemui mati. Puasa untuk melatih raganya turun kebumi rohnya naik. Solat itu Booster dan Khusyuk itu pula adalah kenderaannya.

SAAT QIAM
Tinggalkan anak, tinggal suami, tinggalkan keluarga, tinggalkan harta , tinggalkan takhta dan tinggalkan semuanya pada saat melakukan Solat dan selepas solat boleh ambil kembali semuanya.


Secara praktikalnya anda mempunyai ROH maka, keluarkan roh dari orbit tubuhmu kerana tubuhmu berasal dari bumi, tubuhmu berasal dari tanah maka, cenderungnya tubuh ke tanah maka tubuh harus pergi ke tanah ditarik ke tanah. Dan, sekarang tubuhmu berasal dari tanah maka, berpuasalah. Seluruh jasad tubuhmu berpuasa.


Letakkan tubuhmu yang relaks yang nyaman dan sekarang rohmu akan pergi kepada Allah, pergilah, pergilah wahai jiwa yang tenang pergilah dan tinggalkan orbit tubuh ini. Tinggalkan engkau menuju kepada Allah sekarang, pergilah dengan tenang. Teruskan, rasakan, engkau rasakan dengan sedar penuh. Zikir tanda kepada Allah sedarpenuh kepada Allah.

TAKBIR
Sekarang TAKBIR perlahan-lahan, rasakan ROHANI anda. TAKBIR! Pergi…Rasakan…Tegak…Lepaskan. Syariat terbatas sampai di sini (sewaktu ke dua belah tangan diangkat paras bawah telinga) tetapi ROHANI tidak boleh dibatasi. Innallaha wasiun alim ( “…dan sesungguhnya Allah Maha Luas tidak terbatas”), rasakan terus rasalan JIWA mu menuju Yang Maha Luas tidak terbatas. Menuju kepada kerajaan Allah Maha Luas tidak terbatas. Innallaha wasiun alim…Rasakan jiwa anda, sampai terasa jiwamu meluncur meninggalkan tubuhmu. Mikraj. Assalatu mikrajjul mukminin. Rasakan, Tinggalkan! Haramkan yang lain selain dari Allah! Rasakan, lalu rasakan tundukmu. Tundukkan jiwamu. Allah mengamati engkau tunduk maka, tunduklah. Allah mengamati engkau maka tunduklah, jangan sampai engkau lengah, jangan engkau lengah kerana Allah mengamati engkau. Terus rasakan sehingga engkau rasa connecting kesambungan terasa. Dan inilah terasa tenang, tenang dan apa yang terjadi ketika tenang. Rasakan. Diamkan. Sampai terasa tubuhmu rasa enak…tenang…enak…tenang.

TAKBIR TULILIHRAM DAN RUKU’
Bagaimana menjaga KONDISI JIWA kita, KONDISI BATIN kita. Kondisi kita ialah bagaimana ‘RASA SAMBUNG’ kepada Allah. Waktu ini kita melihat kepada TAKBIR sahaja, anda cuma merasakan sahaja, iatu ‘RASA SAMBUNG’ pada hati kita. Ketika ‘Hati Sambung’ maka tundukkan wajah kita, Otak kita, biarkan sehingga sampai terasa badan kita meluru, rasakan “:ALLAHU AKBAR!!” (Takbiratulihram).


Rasa Sambung ini pertahankan terus tanpa rasa putus dengan ketundukkan kita kepada Allah. Badan ini semakin lama semakin berat, semakin lama rasa badan semakin terasa lemas tunduk kepada Allah, semakin berat terasa terus …kemudian perlahan-lahan gerakkan , “ALLAHU AKBAR!” ( Terus Rukuk perlahan-lahan), TUNDUK RASA jiwa kita ini, tunduk dan semakin tunduk, jangan terputus ‘KESAMBUNGAN HATI’ kita kepada Allah, jangan putus kesambungan hati kita kepada Allah, “subhannarabialadzim wabihamdih 3X” tenang (Tumaininah) dan kemudian bangkit perlahan-lahan sehingga kita terasa perlahan-lahan lagi, “Samiallahuliman hamiddah, Rabbanaa lakalhamdu" dan kita rasakan betul-betul kembali ruas-ruas tulang belakang tegak, rusuk kiri dan kanan kembali kepada tempat asalnya.
Kemudian kita akan latih bagaimana kesambungan ini, kita niatkan bagaimana “Rasa Sambung” kita kepada Allah. Ada rasakah tidak? Oh, Ada… Allah mengatakan “ Fazkurni Azkurkum” bermaksud “ Ingat Aku maka Aku akan ingat…” dan Bagaimana ‘Rasa Ingat’ itu terjadi yang menggetarkan. Rasa ini akan terasa…


Kalau kita menyebut “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..” bererti terputus atau “ Allahu Akbar” terputus kesambungannya kalau hanya sekadar bergantung kepada bacaan semata-mata. Rasa Sambung ini sama dengan rasa kita menyintai seseorang, “Rasa Menyintai” seseorang maka terputus atau tersambung, walaupun kita bergerak dengan cepat tetapi rasa ini bersambung terikat erat meskipun kita berlari dan terus berlari laju macamana sekalipun tetapi rasa bersambung dan kitapun mengucapkan kalimat tersebut lalu kita ucapkan sekali sahaja, “I Love You! “ aku Cinta Padamu. Maka itu, andainya kita tidak mempunyai Rasa Cinta tetapi mengucapkannya “Aku Cinta Padamu, Aku Cinta Padamu, Aku Cinta Padamu” yang pastinya sekadar menggunakan KOSENTRASI semata dan tidak mempunyai ‘Rasa Sambung”. Cinta kepada Allah maka sebut sekali sahaja kalimat “ALLAHU AKBAR!”maka ketika itu kita merasakan nikmat manisnya solat.

DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD (IFTIRASY)
Ini adalah posisi di amati Allah, posisi dilihat Allah. Posisi pada keimanan kita diuji dan engkau yakin…katakan “Rabbirfirlii”… “Warhamnii”…rasakan “Wajburnii”… katakan, angkat darjatku ya Allah “ Warfa’ni”… “Warzuknii”…sambung dekat, “Wahdinii”… “Waafiinii”…total ketika ucapkan Waafiinii,. Ledakkan dari jiwa kita sehingga kita dapat merasakan AFIAT dari tubuh kita sendiri, “WAAFIINII!” Ledakkan dari hati mu sehingga dirimu merasakan nyaman.


“Ilmu itu menghijap, menjadi tabir,” Kata Al-Ghazali. Tetapi dengan ILMU itu orang boleh masuk, tanpa ilmu orang tak boleh masuk. Orang BERDOSA tidak boleh masuk kepada Tuhan tetapi dengan ‘Modal Dosa’ orang boleh masuk. Orang BODOH tidak mungkin boleh masuk menuju Allah, tetapi dengan bodoh “Zolamna, zolamna, zolamna…” mustahil boleh masuk, justeru orang yang bodoh orang yang pintar tak dapat masuk tetapi dengan ‘Kepandaian’ dengan ‘Ilmu’ dia , dia akan merasakan dirinya bodoh dan ianya membolehkan dia masuk.


Badan tidak boleh bergerak tetapi roh kita aktif. Badan sudah tidak mampu bergerak tetapi ROH kita ada, badan sudah tidak berdaya maka manfaatkan ROH kita mendekatkan kepada Allah. Badan kita tidak mampu bergerak, maka pergilah ROH kita kepada Allah… “Allahu Akbar!” Rasakan secara perlahan-lahan, serahkan roh mu kepada Allah dan tinggalkan badanmu. Engkau mahu kepada Allah dan jangan mahu turun lagi…sambungkan terus dan rasakan terus, Total…Total… TotalInassolati, wanusuki, wamahyaya wamamati..” sehingga engkau merasa tenang.


Rabbirfirlli, Warhamnii mesti ada kesan kesinambungannya. Rasulullah SAW pernah ditanya mengapa terlalu lama duduk selepas sujud. Dia duduk begitu lama sekali hingga dikira lupa oleh para sahabat baginda. Kalau dibaca lapan permintaan saat duduk di antara dua sujud, kalau membaca sepintas lalu memang sekejap sahaja selepas bacaan semuanya.
Tetapi lainlah kita memperkatakan maknanya, kenapa harus mengucapkan Rabiirfirlii jika tidak mempunyai perasaan sehingga ada perasaan bersalah terhadap Allah dan sehingga terasa amat lama untuk mengucapkannya satu persatu kalimat Rabiirfirlii, Wajburnii, Warhamnii … dan seterusnya dari satu kalimat ke satu kalimat sudah tentu rasa getarannya. Setelah itu terasa kesambungannya, bagaimana kita merasa penyambungan iaitu ‘Connect’. Bila kita mengucapkan sesuatu sehingga terasa ‘Respon’ dari Allah maka ‘respon’ itulah yang memberi rasa TENANG itu ujud.


Contohnya: Mengapa orang Bugis ketika hendak pergi jauh, lalu ia berangkat dengan ‘JIWANYA’ sampai terlebih dahulu ke tempat arah yang hendak dituju. Jiwanya dahulu baharulah orang Bugis itu sendiri berangkat. Begitulah kita ,ketika kita hendak sujud kepada Allah, jiwa kita harus lebih sujud dulu kepada Allah kemudian badan mengikut. Ini bermakna jiwa terlebih dahulu sujud sebelum anggota tubuh badan yang sujud.


Contohnya: Orang yang sedang Solat berbaring tetapi dia merasakan seolah-olah dia yang merasa sujud di hadapan Allah meskipun tubuhnya lumpuh berbaring. Fikirannya sudah memerintah tubuh badannya supaya sujud kepada Allah. Begitu juga jika fikiran kita yang memerintah ,agar tubuh badan kita rukuk maka, tubuh badan mesti rukuk. Sama seperti orang yang SAKIT HATI tak payah membuat pergerakkan sakit hatipun, dengan keadaan duduk sahaja kalau sakit hati maka seluruh badan terasa lemas dan rimas. Kalau hati kita tunduk kepada Allah walaupun kita duduk, walaupun kita lumpuh maka, harus semangat tinggi kepada Allah dan bukannya emosional.

TAHIYYAT (PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA ALLAH)
Inilah pucak perjumpaan dengan Allah. Ketika berhadapan dengan Allah kita bertujuan memuji Allah. Begitu memuji Allah, apa yang kita harapkan? Sebenarnya saat Tahiyyat ini kita bagaikan sudah bertemu dengan seorang Raja manusia dan Raja segala raja sekelian alam semesta. Maka Cuba tanya pada diri sendiri, di sini apa yang saya mahu pada ketika ini sebenarnya? Di situlah kita sewaktu bertemu dengan Allah perlu mempunyai sikap secara total ketika mengadakan Attahiyyat dan terdapat dua perkara yang kita temui di sini. Pertama menyedari Alam Rohani di mana waktu itu kita berhadapan dengan Allah. Di dalam Rohani itu seluruh aulia, seluruh nabi berada di sisi Allah maka, Allah mengatakan “Jangan engkau kira para Mujahiddin, Para Syahiddin itu mati, sesungguhnya mereka hidup di sisiku”. Maka, di sinilah berlakunya aktiviti iaitu aktiviti dialog saya dengan Allah, Aktiviti saya dengan Rasulullah, aktiviti saya dengan Nabi Ibrahim a.s. permohonannya. Kenapa Nabi Ibrahim? Sebab Nabi Ibrahim adalah bapa kepada segala nabi merupakan sesuatu yang sangat tinggi yang juga merupakan awal ‘Revolusi Tauhid’ dan seterusnya dilanjutkan kepada putera-puteri sehingga cucu-cicit Nabi Ibrahim sendiri.


Tahiyyat adalah merupakan hujung solat dan masih ramai orang terburu-buru agar ianya cepat-cepat selesai. Dan Tahiyyat juga adalah merupakan sesuatu Penghormatan Tertinggi dan sangat dalam. Apa yang sedang berlaku adalah Allah sedang mengamati saya pada saat Tahiyyat ini, walaupun kita tahu Allah itu ada tapi masih ramai orang tidak hormat. Bagaimana bersikap terhadap Allah di dalam Tahiyyat ini. Di mana dalam suatu keadaan ada kesambungan disebut Silaatun, Solat itu Silaatun, Solaatun dan Solawatun. Solat adalah satu kesan terhadap Allah yang merupakan Penghormatan Teringgi dan Allah menghormati Rasulullah.


Inallah hawaamala ikaatahu sollu ‘alannabi ya ayuhaladzi na a manu sollu alaihi wassalimu taslimaa” adalah satu penghormatan. “ Attahhiiyatul mubarakkatutus solawatuttaiyyibah”. Toiyibah itu satu penghormatan tertinggi. Saya hormatkan diri saya, saya rendahkan diri saya kepada Allah. Sehingga ada satu ‘Kontak Batin’ yang menggetarkan saya lalu, di dalam alam Tahiyyat itu ada ‘Rasa Sambung’ Hablumminannar Hablumminannas, Wala a la I ‘ibadillah hisolihin. Dan kepada hamba yang soleh, yang dekat di sisi Allah, Para Syahidin, para arwah yang dekat dengan Allah kita sedang berdialog di situ, untuk menyapa. “Allahummasoli ala Muhammad wa ala alimuhammad” . Kepada arwah yang Maha Suci, iaitu Ibrahim“Wa ala aliibrahim” kepada keluarga Nabi Ibrahim termasuk Rasulullah SAW, termasuk keluarga Nabi Muhammad, Isteri-isteri baginda, para cucu-cicit baginda Hassan Hussein dan keturunannya. Kita tidak terbatas kepada Rasulullah tetapi “ Wa ala ali Muhammad”. Kepada keluarga Nabi Rasulullah SAW.


Di situ terdapat beberapa aktiviti sangat dalam berlaku di situ seluruhnya. Ketika kita mengucapkan “ Attahhiiyatul mubarakkatutus solawatuttaiyyibatulillah”. Saya member salam hormat yang tertinggi dan terbaik kepada Allah. Salam hormat kepada Nabi. Salam Ya Allah. “Allahumma soliala Muhammad”, sampaikan salam saya kepada Rasulullah ya Allah. Dia (Nabi Muhammad SAW) ada di sisi Allah, Salam saya kepada keluarga baginda kerana keluarga nabi ada di sisi-Nya, Salam saya kepada Nabi Ibrahim kerana keluarga Nabi Ibrahim ada di sisi-Nya dan Salam saya yang terakhir kepada “ Wa ala ibadilahiisolhin”, Para Aulia, para guru suciyang terbaik, guru-guru yang berjihad di jalan Allah. Itulah kita berterima kasih salawat dan salam kita kepada mereka. Ketika kita duduk berjamaah “ Wa ala ibadilahiisolhin” dan termasuk kita semuanya. Jika kita berada di dalam aktiviti rohani yang sangat dalam, ianya akan menggetarkan semua kalimat-kalimat ini. Tidak mungkin kalau kita di dalam satu jamaah, sesama kita akan bergaduh jika kita berada dalam doa yang sama.


Kita dalam komitmen yang sama dan di situ kita berjamaah bersama para aulia, para nabi, bersama roh nabi Ibrahim, kita bersaksi kembali, “Asyha duanlaila ha illallah”…nabi Ibrahim, nabi Adam dan para malaikat mengakui bersalwat kepada Nabi Muhammad SAW. Dan di sinilah Kondisi yang paling puncak dan kita tidak akan meninggalkan solat. “Sollusalatan mu addi’ “ Solat kalian atau solatku ini adalah solat ku yang terakhir. Ini solat terakhir syahadat ku yg terakhir dan inilah puncak.

LATIHAN TAHIYYAT
Sekarang anda duduk. Seakarang anda rasakan salawat atau Tahiyyat yang bererti “MENGHORMAT”. Sekarang cuba anda tunduk kepada Allah . Alam sekarang ini adalah alam ROHANI dan bukannya alam FIZIK. Fizikal anda duduk atau berdiri tetapi ROH kita sedang berhubung langsung kepada Allah yang disebut Silaatun.


Berhubung dengan JIWA kita lalu para rasul, para nabi ada di sisi Allah, Nabi Ibrahim ada di sisi Allah. Kita akan bersama-sama bersaksi ketika di saat kita berada di alam rohani “ Alastu birrabikum qaalu bala syaahiddna” dan ini kita lakukan, sambungkan hati kita, “ Attahayyittul mubarakkatus solowattutoyibatu lillah, assalamualaika ayyuhannabi warahmatullah hiwabarakkatuh, assalamualaina wa ala ibadillah hisolehiin” sekarang komitmen Syahadah yang terdalam kerana kita berada di alam roh, kita berada di alam aulia, di dalam dekat dengan Allah dan di hadapan Allah kita ucapkan “Asyahaduaanlaa ilaha ilallah Wa Asyhaduanna Muhammadar rasulullah” kita berada di alam arwah di alam dekat dengan Allah, di hadapan Allah, di hadapan para aulia, di hadapan para Sodiqin, para sahabat nabi, di hadapan Muqarrabin, di hadapan Allah dan kita bersama-sama berkomitmen Syahadah “Asyahaduaanlaa ilaha ilallah Wa Asyhaduanna Muhammadar rasulullah. Allah humma soliala Muhammad wa alaali Muhammad, Komasolaita ala Ibrahim wa ala ali Ibrahim Waa barikk ala Muhammad wa alaali Muhammad Kamaa barakta ala Ibrahim wa ala ali Ibrahim, Fila alamin innaka hamiidun majid”.

Monday, April 18, 2011

MCB ESQ WAY 165 2011


TESTIMONI SAYA MENGENAI ESQ WAY 165 LEADERSHIP TRAINING. “Semua orang akan bahagia, jika orang tersebut ikhlas menjalankan pekerjaannya dan berprinsip setiap pekerjaan yang dilakukannya merupakan salah satu cara ia beribadah kepada Tuhan, Mari kita merubah mission statement. Saat ini bukan lagi berapa banyak kekayaan kita, tetapi seberapa besar pengabdian kita kepada Allah penguasa alam raya ini,” ujar Ary Ginanjar, pencipta metode The ESQ Way 165. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada semua pembaca. Alhamdulillah, ESQ telah menjadikan banyak hati kembali kepada Allah. Biarpun ada sesetengah pihak mungkin beranggapan ia MAHAL, ia tak perlu bagi individu yang memang sudah ada kesedaran dan macam-macam lagi, namun bagi saya ESQ adalah ruang untuk mengukuhkan iman masing-masing. Belum tentu seseorang yang hebat pengetahuan agamanya, benar-benar mencintai Allah kerana pengetahuan sahaja tanpa hati yang tulus ikhlas mencintai Allah, hanya akan melahirkan manusia yang 'beribadah' kerana perlu terlihat baik dan berakhlak mulia di kalangan manusia sejajar dengan jawatan yang dipegang, atau ketrampilan yang ditunjukkan. Namun, secara hakikatnya, bukan itu yang diperlukan. Masih ramai bijak pandai yang hebat pengetahuannya, petah bicaranya, di pandang tinggi oleh masyarakat namun kurang jelas dengan matlamat melaksanakan kerja serta tujuan hidup masing-masing. Malah bimbingan untuk isteri dan anak-anak juga seringkali sahaja terabai dan sangat mengelirukan serta tidak mengikut sunnah. ESQ 165, jika dihadiri dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah, untuk menjadi hamba Allah yang mendapat redha-Nya, Insya Allah akan membuahkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan rasa insaf kerana kita akan sedar bahawa kita sering gagal meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W. ESQ WAY 165 ada empat Peringkat atau 4 tingkat Training. Saya sudah mengikuti ESQ basic di Eksekutif 05 Kuching Sarawak PADA 2009. dan saat ini saya telahpun mengikut MCB angkatan 01 Kuching Sarawak Pada 2010. MCB lebih detail terhadap pembahasan yang dibahas, sehingga kita lebih mengerti dan mengena ke hati. Biasanya kita menganggap kehidupan fizik yang kita jadikan visi-misi ke depan, ternyata semua salah. Di MCB ini kita diberitahu bahawa visi-misi akhir kita adalah bertemu dengan Allah. Bila kita telah mengetahui visi-misi yang benar, maka kita akan berada di jalur yang tepat. Setelah ESQ Basic dan MCB, tiada gentar dan mengalah dalam usaha menegakkan amanah Allah dan fisabillillah. Semoga Allah sentiasa meningkatkan rasa cinta ini dari hari ke hari. Memang benar, ia sangat sukar kerana masih ramai orang di sekeliling kita yang tidak faham. Semakin dalam perasaan untuk menegakkan hak Allah, semakin banyak pula rintangan yang diterima. Namun, bila perjuangan Rasulullah dan para sahabat jadi panduan dan rujukan, hati yang terguris, hilang pedihnya kerana dugaan yang kita terima hanyalah sekadar tempias debu jika dibandingkan dengan kepayahan Rasulullah S.A.W menyebarkan Islam. Allah menjadi motivasi tertinggi dan Asmaul Husna Allah menjadi penghibur hati.Bagi semua yang belum pernah menghadiri ESQ 165 atau para alumni yang telah menghadiri ESQ 165 tapi kurang merasakan impaknya, pastikan sebelum anda hadir ke ESQ, atau datang untuk 'recharged', bulatkan tekad, datang ke ESQ 165 untuk dapat merasai cinta Allah, rahmat Allah dan berniat untuk bertaubat nasuha. Dengan izin Allah, pasti, hati kita akan menjadi cair dan lembut.Setelah tamat latihan ESQ, teruskan dengan usaha meletakkan objektif yang jelas, sasaran anda dalam usaha mendekatkan diri pada Allah, apa yang hendak dinyahkan terus daripada kehidupan kita dan apa pula yang hendak dilaksanakan terus dalam kehidupan kita secara konsisten. Tulis dan bacalah setiap hari. Semak samada kita, telah dapat melakukannya atau tidak. Jika tidak, bagaimana untuk memastikannya dapat dilakukan. Saya merasakan antara ESQ Basic dengan MCB seperti ada benang emas yang menyatukannya. Di MCB perlahan-lahan masalah kita dapat terkuak, kerana di MCB kita diajarkan mengenai visi-misi dan nilai. Itulah yang membawa kehidupan kita memiliki pola. Di MCB kita disuruh untuk menulis visi-misi peribadi dan untuk keluarga, biasanya kita hanya terpatri visi-misi Jabatan atau Majikan kita sahaja. Sementara visi-misi kita (pribadi) tak tahu. Saat ini saya telah mengetahui visi misi pribadi saya iaitu bertemu dengan Allah suatu saat nanti, visi misi ini akan saya kombinasikan dengan visi-misi pekerjaan saya. Selain itu, di MCB para trainer mengajarkan kita bagaimana menemukan kelemahan-kelemahan dalam diri dan bagaimana cara membangun karakter yang tangguh. Setiap orang sudah pasti menginginkan kesuksesan. Untuk mencapai hal itu memerlukan visi dan misi dalam menjalani kehidupan, sehingga mampu mendorong keberhasilan. Walaupun visi dan misi telah ditetapkan, ternyata masih juga belum cukup, kerana dalam prosesnya kita akan banyak menghadapi ujian dalam hidup. Kerana itulah pentingnya memiliki karakter yang tangguh agar visi dan misi dapat terwujud. Training ESQ MCB (Mission Statement & Character Building) dapat menjadi solusi untuk melakukan internalisasi visi dan misi, serta membangun karakter yang unggul. Dengan karakter yang dibangun dapat mengubah paradigma dalam melihat sebuah masalah bukan lagi menjadi beban, melainkan sebuah kesempatan untuk menempa diri. Dalam training dijelaskan mengenai visi dan misi kehidupan, serta karakter yang harus dimiliki. Visi jangka panjang yang dibentuk adalah bertemu dengan Allah SWT di Syurga dan misinya menjadi Rahmatan Lil'alamin dengan panduan Rasulullah SAW. Sedangkan karakter tangguh dapat dibangun melalui SOLAT yang akan membentuk nilai 7 Budi Utama (jujur, tanggung jawab, wawasan, disiplin, kerjasama, adil, dan perihatin). “Misi saya sebagai Rahmatan Lil Alamin. Visi saya bertemu dengan Allah di Syurga-Nya, kerana kalau mengikuti kehidupan di dunia ini mungkin tiada berpenghujungnya. Jadi saya sudah mempunyai satu tujuan, tidak lagi terbelenggu dengan kebendaan dan sebagainya,” Kepada rakan-rakan seperjuangan datanglah dan hadirkan diri dalam Majlis Ilmu ini (ESQ WAY 165 Leadership Training) ini. Training ESQ ini bukanlah yang terbaik tetapi ianya merupaka pilihan terbaik diri anda setakat ini. “Ujian adalah tarbiyah dari Allah untuk meningkatkan darjat hamba-Nya sebagai wujud kasih sayang-Nya. Seorang hamba memiliki suatu darjat di Syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu." (HR Thabrani). Dengan pelatihan ini minimal memiliki pandangan ke depan. Misinya melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah dan mengikuti apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad. Apa pun yang pernah saya alami, ujian yang begitu berat, apa lagi ujian itu melakukan Amar Ma’ruf Nahi Munkar pasti banyak hambatannya. Banyak tentangannya, banyak rintangannya untuk berbuat Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Semakin tinggi pangkat, makin banyak ujian-Nya. Pasti Allah akan melindungi kalau benar-benar niatnya untuk kebenaran. Harapan saya, metode ini dapat dikembangkan di mana juga usaha saya untuk mengembangkan dalam dunia pendidikan. (Bahasa Loghat Sarawak) Mun susah gilak nak merubah arah angin, ubahlah sayap; mun payah gilak nak ngarahkan gelombang, mainkan selancar ; Mun ndak juak dapat ngatur gempa bumi, gunung berapi, tsunami, cuaca, maka aturlah hidup; Mun dah ndak juak dapat mengendalikan keadaan, kendalikan fikiran. Semua tergantung fikiran dan hati kita. "Allah tidak merubah suatu kaum, sebelum mereka merubah keadaan jiwa mereka sendiri. Lalu apa jalan terbaik untuk fikiran dan hati. reka merubah keadaan jiwa mereka sendiri". Lalu, apa jalan terbaik utk pikiran dan hati? itulah 165. Hidup bukan berlumba menjadi yang terbaik dibanding yang lain; bukan bersaing mengalahkan orang lain; bukan seperti tinju yang untuk menang harus menjatuhkan lawan. Hidup tok berlumba memberi kebaikan, berkerja memberi manfaat bagi orang lain. Kejayaan bukan ditandai dengan menang-kalah dibanding yang lain, tapi seberapa besar kebaikan atau manfaat yang kita ciptakan. Mereka yang terbaik adalah mereka yang banyak memberi manfaat, .Sekian terima kasih di atas kesudian untuk sebuah perkongsian bermakna dan bernilainya ini.

Tuesday, February 15, 2011

NABI DAN UKASYAH


Kisah Rasulullah SAW dan Ukasyah RA
Assalamu’alaikm wa rahmatullahi wa baakaatuhSemoga Keselamatan, Rahmat dan Berkah Allah selalu tercurah atasmu
Ada pepatah tak kenal maka tak , makacinta kita harus lebih banyak mengenalnya agar lebih menyayanginya.Berkaitan dengan keadaan kita di hari akhir, kita akan bersama denganorang-orang yang disayang. Jadi bagaimana kita akan berada di syurga bersama Rasulullah, kalau tidak pernah ada rasa cinta kepadanya?Tidak ada kerinduan untuk bersamanya? Berterima kasih atas perjuanganmendakwahkan Islam sehingga sampai kepada kita?Cinta memang tidak mungkin hadir dengan sendirinya, untuk menumbuhkankecintaan kepada Beliau
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa setelah dekat waktu wafatnya,Rasulullah memerintahkan Bilal supaya adzan. Memanggil manusia untuksolat berjama’ah. Maka berkumpulah kaum Muhajirin dan Ansar keMasjid Rasulullah saw. Setelah selesai solat dua raka’at yang ringankemudian beliau naik ke atas mimbar lalu mengucapkan puji dan sanjungkepada Allah swt, dan kemudian beliau membawakan khutbahnya yangsangat berkesan, membuat hati terharu dan menangis mencucurkan airmata. Beliau berkata antara lain :
” Sesungguhnya saya ini adalah Nabimu, pemberi nasihat dan da’i yangmenyeru manusia ke jalan Allah dengan izin-Nya. Aku ini bagimubagaikan saudara yang penyayang dan bapak yang pengasih. Siapa yangmerasa teraniaya olehku di antara kamu semua, hendaklah dia bangkitberdiri sekarang juga untuk melakukan qishas kepadaku sebelum iamelakukannya di hari Kiamat nanti”
Sekali dua kali beliau mengulangi kata-katanya itu, dan pada ketigakalinya barulah berdiri seorang laki-laki bernama ‘Ukasyah IbnuMuhsin’. Ia berdiri di hadapan Nabi s.a.w sambil berkata :
“Ibuku dan ayahku menjadi tebusanmu ya Rasullah. Kalau tidaklah karenaengkau telah berkali-kali menuntut kami supaya berbuat sesuatu atasdirimu, tidaklah aku akan berani tampil untuk memperkenankannya sesuaidengan permintaanmu. Dulu, aku pernah bersamamu di medan perang Badarsehingga untaku berdampingan sekali dengan untamu, maka aku pun turundari atas untaku dan aku menghampiri engkau, lantas aku pun menciumpaha engkau. Kemudian engkau mengangkat cabuk memukul untamu supayaberjalan cepat, tetapi engkau sebenarnya telah memukullambung-sampingku; saya tidak tahu apakah itu dengan engkau sengajaatau tidak ya…Rasul Allah, ataukah barangkali maksudmu dengan ituhendak memecut untamu sendiri ?”
Kemudian Nabi menyuruh Bilal supaya pergi ke rumah Fatimah, ” SupayaFatimah memberikan kepadaku cabukku ” kata beliau
Bilal segera ke luar Masjid seraya tangannya diletakkannya di ataskepalanya. Ia heran dan tak habis2 berfikir, “Inilah Rasulullah memberikankesempatan mengambil qishas terhadap dirinya!”Diketuknya pintu rumah Fatimah yang menyahut dari dalam : “Siapakahdiluar?”, “Saya datang kepadamu untuk mengambil cabuk Rasullah” jawabBilal.
” Duhai Bilal, apakah yang akan dilakukan ayahku dengan cabuk ini?”tabta Fatimah kepada Bilal.
“Ya Fatimah ! Ayahmu memberikan kesempatan kepada orang lain untukmengambil qishas terhadap dirinya ” Bilal menegaskan.
“Siapakah pula gerangan orang itu yang sampai hati mengqishasRasulullah ?” tukas Fatimah keheranan. Biarlah hamba saja yang menjadiganti untuk dicambuk.
Bilal pun mengambil cambuk dan membawanya masuk Masjid, laludiberikannya kepada Rasulullah, dan Rasulullah pun menyerahkannya ketangan ‘Ukasyah
Suasana mulai tegang… Semua sahabat bergerak…. Semua berdiri….Jangankan dicambuk, dicolek saja, ia akan berhadapan dengan kami.Mungkin begitu mereka bicara dalam hati. Semua mata melotot. MemandangUkasyah dan sebilah cambuk.
Saat itulah, Abu Bakar dan Umar r.a. bicara, “Hai ‘Ukasyah ! kamisekarang berada di hadapanmu, pukul qishas-lah kami berdua, dan jangansekali-kali engkau pukul Rasulullah s.a.w !”
Mungkin saat itu Umar meraba pedangnya. Seandainya saja, diizinkanakan aku penggal kepala orang yang menyakiti Rasulullah.
Rasulullah menahan dua sahabatnya. Berkata sang pemimpin yang dicintaiini : “Duhai sahabatku, Duduklah kalian berdua, Allah telah mengetahuikedudukan kamu berdua!”
Kemudian berdiri pula Ali bin Abi Tholib sambil berkata. Kali inilebih garang dari sahabat Abu Bakar : ” Hai Ukasyah! Aku ini sekarangmasih hidup di hadapan Nabi s.a.w. Aku tidak sampai hati melihat kalauengkau akan mengambil kesempatan qishas memukul Rasulullah. Inilahpunggungku, maka qishaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku dengantangn engkau sendiri!”Ali tampil ke muka. Memberikan punggungnya dan jiwa serta cintanyabuat orang yang dicintainya. Subhanallah… ia tak rela sang Rasuldisakiti. Ia merelakan berkorban nyawa untuk sang pemimpin.
Nabi pun menahan. ” Allah swt telah tahu kedudukanmu dan niatmu, wahai Ali !”
Ali surut, bergantianlah kemudian tampil dua adik beradik, Hasan danHusein. ” Hai Ukasyah ! Bukankah engkau telah mengetahui, bahawa kamiberdua ini adalah cucu kandung Rasulullah, dan qishaslah kami dan ituberarti sama juga dengan mengqishas Rasulullah sendiri !”
Tetapi Rasulullah menegur pula kedua cucunya itu dengan berkata“Duduklah kalian berdua, duhai penyejuk mataku!”
Dan akhirnya Nabi berkata : “Hai ‘Ukasyah ! pukullah aku jika engkauberhasrat mengambil qishas!”
“Ya Rasul Allah ! sewaktu engkau memukul aku dulu, kebetulan akusedang tidak lekat kain di badanku” Kata Ukasyah. kembali suasana semakin panas dan tegang. Semua orang berfikir, apa maunya si Ukasyah ini. Sudah berniat mencabuk Rasul, ia malah meminta Rasul membuka baju. “Kurang ajar sekali si Ukasyah ini. Apa maunya ini orang…”
Tanpa bicara….Tanpa kata…Rasulullah membuka bajunya.Semua yang hadir menahan napas…Banyak yang berteriak sambil menangis…Tak terkecuali…. Termasuk Ukasyah…Ada yang tertahan di dadanya. Ia segera maju melangkah, melepas cabuknya dan…
Kejadian selanjutnya tatkala ‘Ukasyah melihat putih tubuh Rasulullahdan tanda kenabian di punggungnya, ia segera mendekap tubuh Nabisepuas-puasnya sambil berkata : “Tebusanmu adalah Rohku ya Rasulallah,siapakah yang sanggup sampai hatinya untuk mengambil kesempatanmengqishas engkau ya Rasul Allah ? Saya sengaja berbuat demikianhanyalah karena berharap agar supaya tubuhku dapat menyentuh tubuhengkau yang mulia, dan agar supaya Allah swt dengan kehormatan engkaudapat menjagaku dari sentuhan api neraka”
Akhirnya berkatalah Nabi saw “Ketahuilah wahai para sahabat ! barangsiapa yang ingin melihat penduduk surga, maka melihatlah kepadapribadi laki-laki ini!”
Lantas bangkit berdirilah kaum Muslimin beramai-ramai mencium ‘Ukasyahdi antara kedua matanya. Rasa curiga berubah cinta. Buruk sangkaberubah bangga. Berkatalah mereka : “Berbahagialah engkau yang telahmencapai darjat yang tinggi dan menjadi teman Rasulullah s.a.w disyurga kelak!”
Ya Allah! Demi kemuliaan dan kebesaran Engkau mudahkan jugalah bagikami mendapatkan syafa’atnya Rasulullah s.a.w di kampung akhirat yangabadi ! Amien ! Mau’izhatul Hasanah
Allah SWT berfirman:“Yaa siin…Demi Al Quran yang penuh Hikmah…Sesungguhnya Engkau (Muhammad) sungguh sebagian dari para Rasul-rasul…Yang berada di JALAN yang LURUS” (QS. Yaasiin : 3-4)
” Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi,Hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kepadanya dan salam taslimkepadanya.” (QS Al Ahzab)
“Allahumma shalli ‘alaa Nabiyinaa Muhammad wa’alaa aalihi wa shahbihi wa sallim”
Wassalamu’alaikm wa rahmatullahi wa baakaatuhSemoga Keselamatan, Rahmat dan Berkah Allah selalu tercurah atasmu

Sunday, January 9, 2011

Pasta Alami: Salam pengenalan dari PASTA ALAMI

Pasta Alami: Salam pengenalan dari PASTA ALAMI: "Assalamualaikum dan saya mulakan dengan kalimah bismillahhirrahmaanirrahim. Harapan agar ini adalah detik permulaan bagi blog ini berkongsi..."

pasta alami luar biasa hebat rasanya...pernah ku rasa satu keping memang tidak cukup..rasa nak lagi nak lagi..akhirnya kau makan sampai 5 keping.. (kelana akira)

Thursday, August 26, 2010

Tuesday, February 16, 2010

MANTERA TAWAF

Hey! Tujuh lautan akal tujuh lautan fikir
Sekarang, bangkitlah bangkit
dua belas urat-uratmu, dua belas siang dua belas malam dua belas bulan
Qiam!Berdirilah berdiri tegak menjejak bumi yang kau pijak
Maka pijaklah pijak dengan tujuh bealas sendimu
Tanda tujuh belas rakaat wajib menyempurna lima waktu
bangunlah bangun tiga ratus enam puluh ruas tulang
saat dhuha engkau harus sedekahkan kerana-Nya
berdiri diam di atas bentala tak terasa
mampu menopang dan menahanmu
meski bumi berotasi selaju peluru

Hey! Dua belas urat tujuh belas sendi
Tiga ratus enam puluh tulang
Sedarkah engkau terpaksa akur terhadap sebuah kekuatan
Untuk tunduk tersungkur dan bertawaf pada-Nya
Kerana otakmu mulai sujud seawall engkau menjenguk dunia
Sujudlah engkau di sepertiga malam.
Sehingga tempoh hayatmu tamat

Hey!i Dua belas urat tujuh belas sendi
Tiga ratus enam puluh tulang
Sedarkah engkau akan kekuatan Maha Digdaya
Sirna dayamu untuk menahannya
Saksikan tawafmu bersama Galaksi, nibula, sistem solar,
atom dan dna mu
Kerana tawaf mu di luar sedar belum sempurna
Engkau sekadar akur menurut alur tawaf
Dan bukan menikmatinya

Lihatlah lihat mohon suara hatimu membaca
Bintang-bintang bersujud kepada Al-Hadii
Meneladani sifat-sifat Maha Petunjuk
Rembulan bercahaya lembut bertasbih kepada Al-Latif
Berguru pada kelembutan terhadap Maha Pemilik Kelembutan
Bumi kukuh bertangguh menopang menahan
Gedung dan gunung dipermukaannya
Bertaqarrub pada sifat Maha Penahan milik Al-Qaabid
bukan matamu yang buta tetapi hati tidak bersaksi
kerana lima belas billion tahun yang lalu
Seluruh alam Tuhan dan alam insan
Sudah mulai tawaf saling menggitari sesama sekian lama


Maka., sempurnakanlah tawaf mu
Wahai dua belas urat tujuh belas sendi
Tiga ratus enam puluh tulang
Bergegaslah untuk berkehendak dan berniat
Berdiri tegak, rukuk dan sujudlah
Maka solatmu bersama bumi, galaksi, nibula, sistem solar, atom
dan dnamu senada seirama beroriatasi keliling
tiga ratus enam puluh darjah bersamamu.
Bersujudlah
Allahhu Akbar!

Kelana akira
22 Januari 2010

Tuesday, November 24, 2009

ESQ PILIHAN TERKINI

ESQ Training bertujuan memandu Pengembaraan Suara Hati Anda untuk mengajak anda menelusuri keindahan Lubuk Hati (Inner Journey).

Dalam pengembaraan tersebut anda akan dibawa menemui diri dalam diri, diri dalam jasmani, jasmani dalam rohani dan rohani dalam Rabbani. Bila anda kenal siapa diri anda maka, anda akan kenal siapa pencipta-NYA.

Setiap bahagian akan diberi contoh pengalaman sebenar dan teori-teori Ilmiah, Sains, Matematik, pendapat pakar dan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis sebagai dasar atau asas kepada bukti hujah.

Perkara yang paling penting ialah sesuatu yang lahir dari Hati Anda sendiri (Kesedaran Fitrah Ciptaan Allah) kerana itulah sumber sejati (akan terus terlatih di dalam ESQ WAY 165 ini).

Training ini mungkin bukan suatu yang terbaik diabad ini tetapi saat ini ianya adalah merupakan satu pilihan sahaja. ESQ adalah kunci kehidupan yang nyata benar-benar bahagia dan 165 adalah passwordnya sehingga berupaya membuka pintu suara-suara hati lantas memperlihat nikmat sebenar NILAI dan MAKNA kehidupan bahagia seorang Insan Kamil Hamba Allah dunia dan akhirat.

Sunday, September 27, 2009

HATI BERSAKSI




15 juta tahun yang lalu
alam belum tumbuh
sinar detak waktu sifar

Bersaksi aku kewujudan alam sebelum alam
di atas garis teori para astronomi
dikatakan gila dan ada yang dipenjara
di hadapan para ahli gereja

Bersaksi aku kejadian
letusan besar cakerawala
awal alam sebelum alam terbentuk
ribuan billion galaksi l
angit yang tujuh, bumi, bulan
bertasbih, bertawaf menggitari
tunduk patuh terhadap
Maha Pencipta Maha Mengusai
Mawar merah indah
mengelopak di langit luas
mengopak satu persatu
suara hatipun meyaksi
kebenaran-Mu Yang Maha nyata

Risalah 1400 tahun yang lalu
dijunjung Rasulullah
Nabi turut dituduh karut
namun saat ini hasil Maha Kreasi
tergambar di langit dan di bumi
masih ada hati tidak bersaksi
kebenaran-Mu yang Maha Benar

Kelana akira4 Ramdhan 1403Taman Puteri

BACA




Bagaimana Archimedes membaca
isipadu mahkota emas penuh lingkaran ukiran

Bagaimana Albert Einstein membaca
hubungan jisim dan tenaga
tercetus teori hukum keseimbangan alam

Bagaimana Pablo Picasso membaca
alam dan manusia dengan catan
sehingga terhasil dua puluh ribu karya

Bagaimana Thomas Alva Edison membaca
arus elektro static justeru
menghasilkan bola pijar bersinar

Bagaimana Corpenicus, Galileo, Yohannes Kepler,
Newton Isaac, Harlow Shapley, Hubble,
George gamor,Arno Panziaz dan Robert Wilson
membaca ciptaan alam 1500 tahun lampau

Bagaimana Rasullulah membaca
1400 tahun lalu setiap saat menjelang Ramadan
lantas diturunkan Al-Quran 22 tahun 2 bulan 22 hari
kalamullah terisi 77,493 ayat dengan 114 surahdiamanah
buat hamba Allah yang ummi ini Kita,

bagaimana kita membacadiri dalam diri,
diri dalam jasmani,jasmani dalam rohani,
rohani dalam robbani
di sebalik kejadian tersembunyi seni Maha Kreasi
harus tembus dibaca suara hati mandiri.

Kelana akira
3 Ramadhan 1403
Taman Puteri, Kuching

Monday, August 31, 2009

ESQ165 RAMADHAN. KUCHING. SARAWAK





Hanya sekadar satu perkongsian setelah training ESQ minggu yang lalu, pengalaman yang luar biasa , indah, seru dan InsyaAllah takkan lupa :)
Tapi kerana masih sukar mengungkapkanya dengan kata-kata,
Selanjutnya, cuba kita semak kembAli tulisan seorang Alumni ESQ ini, setidaknya dapat mewakili perasaan saya dan seluruh peserta ESQ yang lainnya. :

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Dan bulan apabila ia mengelilingi
Dan siang apabila ia menerangi
Dan malam apabila ia menutupi
Dan langit beserta segala binaannya
Dan bumi beserta segala yang di permukaannya
Dan jiwa beserta penyempurnaannya.
Allah mengilhami sukma kebaikan dan keburukan
Beruntunglah mereka yang mensucikannya
Dan merugilah mereka yang mengotorinya

Pada pagi itu,sehari sebelum Ramadhan tiba dan pagi tersebut tercurah air mata tumpah dari seratus lebih pasang mata. Setelah 25 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, dan bahkan 60 tahun, jasad ini baru menyedari betapa selama ini dirinya belum 'mengenal' siapa diri dan siapa yang selama ini yang disembah. Dalam setiap solat, ramai yang mengaku bahawa "Allah Maha Besar". Namun Ka'abah yang bersemayam di dalam hatinya masih penuh dengan berhala-berhala dunia yang mereka 'besar'-kan: keangkuhan, keakuan, kesombongan, kepandaian, kecantikan, kekayaan, pangkat, anak, ... Sungguh mereka akan ngeri jika dapat melihat 'wujud' non-fizik dari berhala yang mereka pelihara sekian lama bertakhta di dada. Sungguh menyeramkan. Selama ini pengakuan tersebut adalah pengakuan yang bohong!

Bagaimana jika sehari sebelumnya mereka sudah dimasukkan ke liang lahad? Dikubur bersama berhala-berhala yang selama hidup disembahnya dengan penuh perhatian, curahan waktu, perjuangan yang keras? Bukankah belum dikatakan beriman jika dalam hati mereka masih ada setitik kesombongan? Air mata pun tumpah dalam ketakutan akan dipanggil-Nya sementara Ka'abahnya masih dihuni oleh berbagai berhala di dada.

Kedua mataku ada di antara pasangan mata itu. Dan mata hatiku ada di antara hati-hati yang diperlihatkan segala perbuatan yang selama ini telah dikerjakan oleh kedua tangan dan kaki ini. Kesombongan fikiran, kerendahan nafsu pandangan, kemalasan dan kekosongan selama menghadap-Nya, kelalaian, satu persatu diputar dalam layar ingatan.

Tangan dan tubuhku bergetar dengan dada ku bergoncang. Mulutku terbuka kuat seolah ada tangan yang besar sedang menelusuri masuk dan mencari sampah sarap dalam dadaku yang terangkat. Kulihat bumi yang kupijak, udara yang kuhirup, air yang membasuh tubuhku, semua memuji Sang Pencipta dengan nama-nama-Nya yang mulia: Yaa Wakiil (Maha Pemegang Amanah), Yaa Hayyu (Maha Hidup), Yaa Muhyii (Maha Menghidupkan). Sungguh, kulihat kekuasaanNya selalu menutupiku. Betapa sukarnya aku lari dari Nya. Namun apa yang selama ini aku perbuat tepat di depan MataNya? Allaaaaaaaaaaaaaahh.. aku malu pada-Mu... Allaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah... Aku tersungkur serendah-rendahnya.
***

Copernicus digantung kerana melawan pendapat gereja waktu itu. Begitu juga Galileo yang menyokong pendapat teori Revolusi Corpenicus itu. Dia sampaikan bahawa bumi yang dipijak manusia bukanlah pusat alam semesta. Bumi berputar mengelilingi matahari.
Sementara itu, 1400 tahun sebelumnya, seorang yang ummi dari padang pasir menyampaikan kepada kaumnya tentang putaran-putaran dan garis edar bumi, tentang bersatunya bumi dan langit yang kemudian dipisahkan, tentang sebuah ledakan hebat yang menampilkan pemandangan indah seperti mawar merah.
Apa yang dikatakan orang-orang kepadanya waktu itu? "Sungguh, kau bodoh, kau pembohong!" Jika aku hidup di zamannya, dengan berhala yang masih bersemayam dalam ka'abahku, mungkin aku termasuk orang-orang yang memperkatakan begitu kepadanya. Bersyukur aku hidup sekarang, tatkala semua yang disampaikan sudah dibuktikan oleh kemajuan ilmu pengetahuan Sains da Matematik dan sebagainya. Aku tidak mengatakannya. Namun, di mana aku tempatkan kitab yang berisi kebenaran itu di hatiku? Hatiku penuh berhala-berhala dunia. Hatiku diisi dengan rasa diri sudah benar, dan kadang merasa paling benar. Bukankah ini sama saja diperkatakan, "itu semua bohong"?
***

Sungguh, semua yang ada di langit dan di bumi bersujud, bertawaf dan bertasbih kepada-Nya dalam keadaan suka rela atau terpaksa. Manusia berjalan di atas bumi mengelilingi ka'abah. Bulan berputar bertawaf mengelilingi bumi. Bumi berputar bertawaf mengelilingi matahari. Matahari berputar bertawaf mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Galaksi juga berputar bertawaf mengelilingi pusat jutaan galaksi. Dalam atom-atom yang membentuk kulit, tulang, mata, rambut manusia, semua elektron berputar bertawaf mengelilingi inti atom. Semua berputar dalam orbitnya. Semua bertawaf dan bertasbih: Yaa Muhaimin (Maha Memelihara), Yaa Qohhaar (Maha Perkasa), Yaa Baari' (Maha Menata), Yaa Qoobidh (Maha Pengendali), Yaa Waasi' (Maha Luas), Yaa Kabiir (Maha Besar), ...

Namun apa yang dilihat oleh kedua mataku? Hanya benda-benda astronomi yang ukurannya (luar biasa besarnya)? Hanya atom, elektron, neuron, dan nama-nama keren fizik? Hanya ukuran-ukuran super duper mega seperti jarak trilliun tahun cahaya? Dan tak pernah mata hatiku melihat semua itu bertasbih kepada-Nya seperti yang ditulis dalam kitab? Tak pernah hati ini tergetar melihat jumlah dan ukuran yang tak terbayang itu, dan tak pernah bola mata ini menitikkan kekaguman kepada Penciptanya? Diriku yang seukuran DEBU pun tak akan nampak jika dilihat dari hujung lain bumi, apa lagi dari hujung galaksi, mengapa selalu merasa urusannya melebihi alam semesta? Merasa paling benar dengan egonya? Sungguh diri ini tak mengenal siapa dirinya. Bagaimana dia boleh menjadi pemimpin manusia jika tentang dirinya sahaja dia dah tak tahu menahu? Atau bagaimana dia boleh dengan sombongnya merasa fikirannya benar dan harus diikuti orang lain sementara pengetahuan tentang dirinya sendiri tidak benar?
***

Betapa diriku belum mengenal diri sendiri. Seperti orang gila yang tidak mengerti apa yang diucapkan. Sebuah bicara ucap yang sangat agung dan paling istimewa diucapkan dengan lalai setiap hari:

Di suatu malam yang mulia, seorang utusan menghadap Tuannya. Diucapkannya salam dengan penuh rindu dan cinta: "Segala keselamatan, berkat, kebahagiaan, dan kebaikan hanyalah bagi Mu."
Tuan yang juga penuh rindu dan cinta menjawab salam kekasihnya, "Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu, wahai kekasihKu, berserta rahmat dan berkatNya."
Sang utusan yang berhati mulia, meski berjarak berjuta-juta tahun tahun cahaya, tak pernah melupakan umatnya yang masih terlelap di bumi, "Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kami dan juga kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."
Para makhluk cahaya yang menyaksikan pertemuan itu terharu melihat kemurahan Sang Tuan dan kemuliaan Utusan-Nya. Mereka pun serentak mengucapkan, "Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya."
Kemudian manusia di bumi mengucapkan salawat kepada Utusan tersebut.
Namun, apa yang terlintas dalam hati dan fikiranku kala setiap hari ku ucapkan pertemuan agung itu? Bukankah aku tiada bezanya dengan orang-orang yang sakit jiwanya, tidak mengerti apa yang mereka ucapkan? Bagaimana bagi diriku yang sakit ini dapat merasa begitu benar dan urusannya melebihi luasnya alam semesta?
Yaa Rahman, Yaa Rahiim... sungguh Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan izin dan hidayah dari-Mu, diri ini telah dapat mengenal diri-Nya.

Dan pada tanggal 23 ogos 2009 Fourpoint Hotel Kuching, air mata terakhir dari seratus lebih pasang mata itu tumpah mencurah-curah, dalam sebuah sujud syukur. Engkau pun berkata, "HambaKu telah kembali memanggilKu."

Menelusuri pengalaman rasa bersama Ismail Fahmi

Tuesday, June 2, 2009

SINOGRAFI TEATER

Rekabentuk, rekacipta, rekaan artistik, latarhias, tatahias, tatacahaya, seni rupa, kostum; banyak lagi penamaan dan terminologi muncul dalam arena seni persembahan untuk menerangkan rekaan visual yang dapat dilihat dalam produksi seni persembahan seperti teater, tari, muzikal dan muzik. Di antara terminologi yang ada, sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut.

Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidah cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makan sesebuah persembahan.

Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater. Konsep sinografi secara keseluruhannya belum pernah diaplikasikan kepada dunia seni persembahan di Malaysia, justeru itu projek ini ingin mengorak langkah sebagai projek perintis memperkenalkan sinografi sebagai satu elemen yang penting dalam penerbitan sesebuah persembahan.

Projek ini akan menekankan disiplin sinografi seperti kajian terhadap ruang, naskah (skrip), dramaturgi, warna dan komposisi, pengarahan, aktor serta khalayak (audien) dengan menggunakan teknik dari naskah ke ruang. Projek ini ingin menguji sejauhmana berkesannya sinografi dalam sesebuah pementasan teater, adakah elemen-elemen sinografi ini boleh membantu penerbitan sesebuah produksi teater di negara ini.

Monday, February 23, 2009

DIBERIKAN-NYA


Diberikan panas untuk merasa
nikmatnya sejuk
Diberikan gelap untuk merasakan
nikmatnya terang
Diberikan sakit untuk merasakan
nikmatnya sihat
Diberikan lapar untuk merasakan
nikmatnya kenyang
Diberikan siang untuk merasakan
nikmatnya malam
Diberikan kepahitan untuk merasakan nikmatnya kemanisan
Diberikan susah untuk merasakan
nikmatnya senang
Diberikan kesengsaraan untuk merasakan nikmatnya kebahagian
Diberikan mengantuk untuk merasakan nikmatnya tidur
Diberikan rindu untuk merasakan
nikmatnya cinta
Diberikan perpisahan untuk merasakan nikmatnya pertemuan

BERSYUKURLAH


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amatburuk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengankesanggupannya

RASA FRUSTASI?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlahkesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu)dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dansesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagiorang-orang yang khusyu'

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diridan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanyakepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyatiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir

HORMAT
Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslahpenghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yangserupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu

Tuesday, February 10, 2009

WADAH PERJUANGAN HPA

KELEBIHAN MLM HPA
Adakah MLM HPA memenuhi prinsip yang dietapkam dalam hukum Shariah
oleh: PJM Cikgu Murad



Berdasarkan pengalaman saya selama hampir 13 tahun sebagai usahahawan MLM HPA, saya mendapati bahawa HPA merupakan sebauah syarikat yang benar-benar berusaha untuk memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak:


1. PENGURUSAN
HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa; ”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. ini bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan pangkat dan insentif.


2. BAHAN MENTAH
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran, dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.

3. PRODUK
produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil halal JAKIM.

Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan maupun untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan herbalis yang berilmu.

Ahli –ahli didorong untuk menggunakan produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya.


4. HARGA PRODUK
harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single level di pasaran.

Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga 5.00 berbanding ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak herba But-But Cuma berharga 10.00 sahaja manakala sebotol air mineral Cuma 1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM tertentu bagi setiap unit barangan.


5. PLAN PEMSARAN
sistem plan pemasaran HPA berteraskan prinsip Ihsan iaitu bebas dari penindasan, perangkap dan penipuan. Setiap insentif berserta syaratnya dibentangkan secara telus dan jelas. Pengiraan bonus bulanan dilakukan secara sistematik dan jelas. Setiap ahli menerima penyata bonus setiap bulan dan sekiranya berlaku sebarang keraguan mereka boleh memohon semakan semula dengan bahagian MIS.

Syarat maintain bulanan adalah rendah iaitu 100 NM sahaja dan tiada syarat jualan kumpulan dikenakan untuk melayakkan ahli menerima bonus jualan kumpulan seperti yang dikenakan oleh banyak syarikat MLM lain. Pembayaran bonus dibuat berdasarkan pencapaian jualan setiap individu dan kumpulannya tanpa sebarang syarat tambahan.

Dalam HPA adalah menjadi kebiasaan apabila bonus yang diperolehi oleh seseorang ahli melebihi daripada bonus up-linenya. Ini kerana sistem pemberian bonus dikira berdasarkan kadar usaha bukan semata-mata atas jualan kumpulan sahaja.


6. TANGGUNGJAWAB LEADER atau KEPIMPINAN
bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing HPA mewujudkan barisan pemimpin yang digelar Pengarah Jati Setia (PJS). Mereka dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli-ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan MLM. Malah mana-mana PJS yang didapati mengabaikan tanggungjawabnya boleh digugurkan dan hilang kelayakan menerima bonus dan insentif PJS.


7. SISTEM (TOP-UP)
HPA tidak mengamalkan sama sekali apa yang dikatakan top-up sales seperti yang banyak dilakukan oleh syarikat MLM lain. Top-up sales adalah syarat belian tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM untuk melayakkan ia menerima bonus pada bulan berkenaan sekiranya ia tidak berjaya memenuhi syarat jualan kumpulan yang tertentu. Pada tarikh tertentu kebiasaannya diantara 11 -13 hb pada setiap bulan ahli-ahli akan dimaklumkan oleh pihak ibu pejabat sama ada jualan mereka pada bulan tersebut melepasi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak layak, mereka perlu membuat belian tambahan pada hari itu juga berdasarkan jumlah yang ditetapkan.

Ini satu bentuk penindasan dan penganiayaan oleh pihak syarikat terhadap ahli-ahlinya. Akibat daripadanya menyebabkan ramai ahli yang terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri atau terpaksa berhutang atau bergolok gadai untuk mencukupkan syarat jualan yang dikenakan. Semakin tinggi pangkat seseorang ahli semakin tinggi tekanan yang dikenakan. Ramai ahli MLM yang dikesan mengalami kerugian yang besar dan ada yang bankrup sama sekali.


8. TABUNG KERETA
HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan bisnes walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan. Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat. Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri.

Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang besar.


9. TABUNG PERLINDUNGAN TAKAFUL
bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan, kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain –lain syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun hanya di kalangan leader atasan sahaja.

Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. Hasil daripada perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang diguna pakai oleh syarikat HPA. HPA kini juga telah berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat MLM shariah di bumi Indonesia.






Dicatat oleh guar to kajang HPA di 1/28/2009 10:28:00 AM

Tuesday, January 20, 2009

ARTIKEL-ISU SYARIAH DALAM PERNIAGAAN MLM

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz’ dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub’ dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz’ dan Ustazah’ yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz’. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa’ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

?? ??? ?? ????? ??? ?? ?? ???? ?? ?????

Ertinya : “Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya” ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus’ dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing’ adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline’ (tingkat atas) dan ‘Downline’ (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline’ jika mempunyai ‘Downline’. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal’ atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan’ ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh’ menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy’ ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur “Harga Lebih Tinggi dari Biasa” , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun’ di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa’ membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya ‘Ghabnun’, sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun’, mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :

Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )

Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)

Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu’ , 7/500 )

Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : “Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran … teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual ” ( Al-Mughni , 4/78 )

Justeru, perbincangan panjang tentang ‘Ghabn’ sebenarnya menunjukkan terdapat jenis ‘Ghabn’ yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut ‘ghabn’ sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis ‘Ghabn’ yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis ‘Ghabn’ yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee’) sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi’en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato’ Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha’ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau “brokerage” (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas “brokerage” tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker’ atau ‘agen’ untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker’ atau ‘agen’ menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : ”

??? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ?? ?????? ?? ???? ?????

Ertinya : “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay’atayn fi bay’ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan ‘modal’, sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan ‘Dhoman’ barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

*
1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : ” Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh” , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

*
2) Iaitu contohnya pembeli : “jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang”, kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

*
3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : “Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000Åç . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : “aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”

Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju’alah, juga kelihatan tiada masalah.

e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju’alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu’awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah “aqad lazim”

*
4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta’, 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded’.

*
5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : ” Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai” . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Mana MLM alternatif??

“Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna” Demikian tempelak seorang pemuda tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai ’suruh’, ‘arah’ dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia ‘viable’ untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Ulasan: Alhamdulillah, perniagaan MLM Syariah yang HPA jalankan menepati perkara asas minima Syariah dan jelas sama sekali bertentangan dengan MLM yang dikatakan haram seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas. Plan Pemasaran MLM (S) HPA telah dirujuk kepada ulama’ dan pensyarah Pengajian Islam bagi mengelakkan berlakunya unsur-unsur syubhah dan haram. Dan mereka mengesahkan bahawan plan pemasaran HPA bertepatan dengan Hukum Syarak.